Chapter 6

Fantasy Completed 469

Di dalam perlombongan terbiar,

Kumpulan Brunette mula membuka jalan kepada pengembara yang lain. Mereka mula membunuh satu persatu makhluk yang muncul. “Ini seperti tiada hentinya!" Velvet. Setiap kali mereka membunuh makhluk-makhluk itu pasti akan ada lagi yang muncul.

“Baiklah mari kita tunjukkan kehebatan asli kita! Semua sekali mari kita bukakan sihir bersama." Grace. Sihir yang membentuk segi empat sama di area-area tertentu.

(Sihir Gabungan: Empat kematian)

Masing-masing dari mereka mendapatkan buff tertentu dari sihir itu mengikut kehebatannya. “Sihir peningkatan: anak panah berapi" Trace. Kini mereka membunuh kesemua makhluk-makhluk yang muncul itu dengan mudah tanpa menyisakan seekorpun kepada yang lain.

“Tak adil, mereka bakal mengambil kesemua imbalannya jika dibiarkan berterusan! Mari pasukan yang lain kita tunjukkan juga kemahiran kita!" Pengembara 1. Hampir setengah pengembara yang mahir dengan serangan jarak dekat maju merempuhi barisan pertama.

“Cuma goblin yang lemah kita boleh selesaikan ini dengan cepat! Haha tak sabar buat menikmati ganjaran yang menungguku!" Pengembara 2. Walaupun ini masih pintu masuk Pusat Perlombongan, makhluk yang berkumpul disini cukup banyak dan menyukarkan keadaan. Jika mereka terus melengahkan masa di pintu masuk, tenaga mereka bakal cepat habis untuk di tengah-tengah pusat perlombongan ini.

“Brunette aku merasakan sesuatu yang aneh menunggu kita dihadapan." Trace. Semakin mereka mara kehadapan semakin kuat energi negatif yang mempengaruhi mereka.

“Jaga-jaga!" Velvet. Kelawar gua yang menyeramkan berada di hadapan. Terkena serangan dari mereka dapat membuatkan seseorang itu merasa kebas. “Ada jalan lain ke tengah? Jikalau kita rempuh peluang selamat mungkin dalam 10% atau 20%.Mereka merupakan makhluk pengembara tahap E." Grace. “Buat masa sekarang kita patut fikirkan idea untuk maju. Rata-rata kita disini merupakan pengembara pemula. Pengembara elit semua ditugaskan untuk mengawal keadaan di luar." Brunette.

Mereka berhenti dan fikirkan idea untuk langkah seterusnya. “Hei kenapa kamu semua berhenti maju? Sudah letih? Biar kami yang ambil kesemua imbalannya." Pengembara 1.

Pengembara 1 dan ahlinya yang lain mula memasuki zon kelawar gua. Sebaik sahaja mereka memasukki kawasan tersebut.

“Ahhh! Tolong! Selamatkan k-kami." Pengembara 1. Brunette dan yang lain masih memikirkan idea untuk memasuki kawasan itu. “Tch amatur, sebaiknya jangan terlalu berseronok dan perhatikan dahulu situasi semasa." Brunette. Sementara mereka merancang.

“Eh kamu semua berhenti berehat?" Ketua Kelab Pengembara. Brunette dan yang lain mula menjelaskan situasi semasa kepada ketua kelab pengembara. “Jadi dihadapan ada kelawar gua tahap E? Menarik namun kenapa pengembara yang lain boleh terus mara dengan mudah?" Ketua Kelab Pengembara.

“Apapun mari kita selamatkan mereka." Ketua Kelab Pengembara. Brunette dan yang lain mendengarkan rancangan yang dibuat oleh ketua kelab pengembara itu. “Jadi begitu. (ku kira kelawar disini tak serupa dengan kelawar di bumi. Nampaknya aku silap.)" Brunette. Mereka mula memasuki kawasan itu secara perlahan-lahan tanpa menghasilkan sebarang suara. Langkah pertama mereka harus mencari pengembara yang tumbang didalam bahagian ini dan mengeluarkan mereka dari zon kelawar dengan selamat. Seterusnya mereka akan menyerahkan pengembara itu kepada bahagian penyelamat. Sementara bahagian penyelamat menguruskan pengembara itu, Brunette dan yang lain mara dan membuka jalan kepada mereka yang masih boleh maju.

“Sihir teras: Penyembunyian" Brunette.

“Baiklah sekarang kita sudah tiada bau dan kesan haba kita ditutup oleh sihir ini. Sekarang mari kita mulakan pencarian." Brunette. Mereka masuk ke zon kelawar dan mula menyelamatkan sesiapa sahaja yang mereka temui.

“Rasanya semua sudah diselamatkan dan ini yang terakhir. Tolong bawakan dia kesana ya Grace." Brunette. “T-tolong selamatkan Elze. Dia terlalu maju dan sekarang s-sudah berada di hadapan." Pengembara 1.

“Bahaya nampaknya kita harus selesaikan perkara disini secepatnya!" Brunette. Grace membawa pengembara 1 ke unit rawatan sementara Velvet, Trace dan Brunette membunuh satu persatu kelawar disana. “Formasi 3 Bruvelte dilancarkan!" Brunette. Kesemua yang lain mula mengambil ancang-ancang untuk memulakan serangan pembantaian.

“Sihir teras: Bunyi" Brunette.

“Sihir api: Bebola berapi" Trace.

“Sihir teras: Pembesaran" Velvet.

Kekuatan sihir gabungan tersebut berjaya membuatkan kesemua Kelawar mati hangus dalam sekelip mata. Namun risiko penggunaan sihir ini adalah ianya memakan banyak sekali energi untuk selaraskannya.

Mereka menarik nafas lega kerana berjaya membunuh kesemua Kelawar tersebut. “Akhirnya berjaya." Brunette. “Baguslah kamu semua selamat. Ambil pil ni untuk menambah energi kamu. (Pil Energi)." Ketua Kelab Pengembara. Mereka semua memakan pil tersebut dan berhenti berehat seketika sebelum melanjutkan misi.

Zon selepas zon kelawar.

“Di-dimana aku? Ahhh." Elze.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience