chapter11

Romance Completed 24771

"Eh kenapa anak ibu ni? Dari tadi balik tak senyum langsung. Makan pun tak mahu. "

Zayn hanya memandang ibunya sekilas. Gila tak badmood kekasih hati lari bawa diri sebab silap sendiri.

Aku pun satu. Dah tau diri tu menipu tak nak jujur awal-awal. Sekarang dia dah tahu sendiri baru nak menyesal. Tapi kalau aku jujur pun dia terima ke aku? Dia sendiri benci dengan selebriti. Haih apa lah nasib.

"Hmm entahlah ibu. "

"Sebab Tiara? "

"Zayn dah buat salah dengan dia bu. "

"Then? Cari dia dan minta maaflah. "


"Dia lain ibu, dia bukan seperti perempuan lain. Dia dah banyak terluka dan Zayn tambahkan luka dia. Dia cuma mahu Zayn jujur dengan diri dia. Zayn beritahu dia siapa Zayn yang sebenarnya. Tapi Zayn terus menipu dia. "

"Kenapa Zayn tipu dia? "

"Because I love her bu. I want to marry her. "

"Zayn rasa kalau Zayn terus nikahi dia tanpa dedahkan diri Zayn yang sebenar. Rumah tangga Zayn akan kekal? "

Zayn memandang ibunya. Ya betul kata ibu. Jika Tiara tidak tahu sekarang, mungkin dia akan lebih terluka.

"Mungkin Zayn perlu jauhi dia. Mungkin jika Zayn terus kejar dia. Lebih banyak luka dia perlu hadapi bu. Zayn redha. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience