Final Chapter

Romance Completed 24771

Sudah 3 tahun Tiara tinggal bersama Zayn dan Puan Zuhaila dirumah besar ini. Dia tidak bekerja. Zayn melarangnya untuk bekerja. Zayn kata dia sudah cukup derita. Biarlah Zayn yang tanggung dia walaupun dia masih tidak berikan kata putus untuk terima Zayn sebagai suami.

Puan Zuhaila? Dia sudah bersara dari nyanyian. Dia mahu tebus kesalahannya dengan meluangkan masa bersama Tiara. Hubungan dia dan Tiara semakin baik dan akrab. Dia cukup bahagia.

Sekarang, Zayn sudah selesai berlakon menjadi hero bagi sebuah filem romantik bersama pelakon terkenal Izara Aisyah. Dia mengambil cuti rehat untuk luangkan masa bersama keluarga yang dia cintai.

"Cantikkan Menara Eiffel ni? " tanya Tiara kepada Zayn.

"Cantik. Secantik awak Tiara. "

"Eleh ingat sweet ke? "

"Eh betulla, awak cantik. Kalau tak, takkanlah saya tunggu awak sampai sekarang. "

"Jadi awak tunggu saya sebab saya cantik? Kalau saya dah tua nanti mesti awak buang saya kan."

"Hati awak yang cantik. Hati awak tu secantik dan semahal nama awak. TIARA. Susah nak dapat Tiara yang tulen sekarang. Sebab itu susah nak cari perempuan setabah awak. "

"Saya manusia biasa Fikry. "

"Awak luar biasa. Awak dah lalui berbagai dugaan dalam hidup. Tapi awak masih berdiri dengan sendiri. Sebab itu saya sayang awak. "

Kata Zayn Fikry ikhlas sambil melihat menara Eiffel yang tersegam indah itu.

Tiba-tiba Zayn Fikry melutut kearah Tiara. Dia mengeluarkan sebentuk cincin mutiara berwarna ungu.

"My love Tiara, will you spent your life together with me? Will you marry me? "

Tiara memandang Zayn Fikry, lelaki yang tidsk pernah putus-putus mengungkapkan kata cinta buatnya. Dia sedar, dia sudah buatkan Zayn menunggu begitu lama. Dua tahu inilah masa yang sesuai untuk dia bina mahligai bersama lelaki yang bergelar suami.

"Zayn Fikry, I will marry you. For the rest of my life, I promise there will never can change my feelings towards you. Its because, I love you. "

Zayn bangun kemudian menyarungkan cincin itu dijari manis Tiara. Orang asing sekeliling mereka bersorak dan bertepuk tangan atas lamaran yang dibuat Zayn.

Zayn tidak mampu tahan kegembiraannya. Inilah masa yang dia tunggu! Inilah saatnya yang dia mahukan. Dia mahu Tiara untuk jadi isterinya.

"Im gonna be her husband! She said yes!!! Oh my god! Guys, i wait for her to say yes for 3 years. Finally, she will marry me. " Zayn menjerit dan beritahu kepada semua orang disekeliling dia. Dia rasa begitu teruja.

"Tiara, saya tak akan pernah sia-siakan awak. Saya sayang awak. Awak bidadari saya. "

"Terima kasih Fik kerana sabar menunggu saya. Terima kasih kerana menjadi diri awak yang sebenarnya. "


-THE END-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience