chapter 10

Romance Completed 24771

"Sayang, saya rasa tiba masa untuk saya nikahi awak. Saya mahu hubungan kita menjadi satu hubungan yang halal. Saya mahu bina masjid bersama wanita seperti awak. "

Zayn melututkan kakinya kemudian mengeluarkan sebentuk cincin permata lalu dihulurkan kepada seorang perempuan.

"Puteri Maisarah, sudikah awak menjadi isteri saya? "

"Saya setuju Haziq. "

"Enddddd cut!!! Wonderful Zayn wonderful!! You are so talented! Tak menyesal abang bagi watak ini untuk kau. " kata pengarah televisyen terkenal itu Rosyam Nor.

"Ini pun sebab abang ajar saya. Terima kasih bang. "

"No Zayn, tu kau yang usaha. Abang cuma tolong tapi kau memang berbakat dan sangat profesional. Abang suka kerja dengan kau Zayn. Disiplin pun bagus juga. "

Zayn tersenyum apabila dipuji sebegitu. Bukan apa tiga bulan bercuti dah lama tak dengar pujian sebegitu. Betullah ibu cakap. Aku perlu rehat untuk teruskan kerjaya aku ni. Walaupun sudah digelar bintang namun Zayn sedar jika dia tidak usaha gelaran itu bakal tersekat ditengah jalan.

Sedang leka minum-minum tiba-tiba ada suara yang amat dikenali tegur Zayn. Tapi dia tidak memanggil Zayn...

"Fikry?? "

Zayn menoleh, juga rakan sekerjanya.

"Ti.. tiaraa? "

Tiara sudah mula menahan air matanya. Dia memandang Zayn dengan penuh kecewa. Sedih apabila baru sedar yang diri ni di tipu oleh seorang lelaki yang berjaya curi hati ini!!!

Tiara terlepas makanan yang dibawanya untuk makan. Berterabur. Dia terus pusing kebelakang dan terus berlari. Seperti tidak mahu ada kene mengena dengan lelaki bernama Zayn Fikry itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience