chapter 4

Romance Completed 24771

Entah kenapa hati ini sangat gembira. Rasa seperti berbaloi apabila mengambil cuti yang lama. Rasa seperti sudah menang tiket loteri !

Zayn cepat sahaja menyambar tuala di pergantungan kemudian masuk kedalam tandas untuk mandi. Masuk sahaja tandas, terbayang wajah kecil Tiara yang putih manis itu. Hahaha rasa kelakar pula apabila teringat pertemuan pertama didalam tandas awam.

"Abi, Tiara rasa segala penat Ara lakukan kerja semua berbaloi. Ada seorang lelaki yang sangat baik hulurkan duit untuk Ara. Mulanya Ara sangat sakit hati dengan lelaki itu, tapi pertemuan kali kedua kami tidak lah teruk mana. Dia sangat baik dan ikhlas. Kami dah jadi kawan. Tapi Ara tidak tahulah kawan yang bagaimana sebab Ara tiada telefon untuk berhubung dengannya. Ara biarkan sahaja Allah yang tentukan Abi. "

Tiara mengadu kepada arwah abinya setelah selesai menunaikan solat asar. Walaupun arwah abi sudahpun meninggal namun abinya tetap hidup segar didalam hati Tiara.

Abi yang membesarkan Tiara seorang diri ! Abi yang berikan Tiara segala kebahagian. Ibu? abi jugalah seorang ibu. Tiara masih tidak faham mengapa abi masih cintakan ibu sedangkan ibu sudah tinggalkan Tiara dan abinya untuk mengejar impian sendiri.

Tiara tidak salahkan abi. Mungkin itulah lumrah orang bercinta. Kita akan terima segala kekurangannya walaupun ia menyakitkan kita. Walaupum kita tersiksa kita akan tetap terus menyayangi. Itulah kuasa cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience