chapter 13

Romance Completed 24771

"Sudahlah!! Tak boleh ke kau berhenti nangis? Dia bukam sesiapa pun. Entah-entah kau je yang suka dia. Terhegeh-hegeh dekat dia. Dia? Entah-entah kawan dengan kau sebab kesian. Apa yang ada dekat kau tu Ara? Kau dengan dia Jauh beza! Tak payah lah kau berangan diri kau tu diminati oleh putera raja macam kisah dongeng! "

Tiara berkata pada diri dia sendiri. Dari tadi cuba tahan untuk air mata ini berhenti mengalir. Namun tetap juga gagal. Sudah berkali-kali marahkan diri sendiri kerana bodoh cepat mencintai. Sudah banyak kali untuk cuba membenci tapi hati tetap pilih untuk menyayangi. Sakit sangat perasaan ini. Tapi, apakan daya hati yang tidak mahu dia pergi.

"Tiara kau memang bodoh. Kau fikir kau dah jumpa lelaki yang jujur yang tak tipu kau. Yang terima kekurangan kau. Tapi akhir sekali kau ditipu mati-matian. Patutlah selama ini dia berpakaian begitu. Rupanya dia seorang pelakon di malaysia. Dia memang pandai berlakon sampai kau sekali tertipu Ara dengan dia. " Dia kuat menyalahkan diri sendiri. Air matanya juga tetap juga terus mengalir.

Akhirnya tiara tertidur dengan air mata yang mencurah. Penat menangis. Dia sudah redha. Sudah tiga hari dia begini. Dia tidak mahu kerana seorang lelaki dia jadi lemah. Dia juga punya harga diri. Dia perlu bekerja untuk teruskan hidup. Dia juga perlu buktikan yang dia bukannya perempuan yang boleh diperlekehkan Zayn Fikry.

"Assalamualaikum abi. Lama Tiara tidak ziarah kubur abi. Abi, dia bukan untuk Ara. Dia tipu Ara. Dia kata dia sayang tapi dalam masa yang sama dia menyamar. Ara tertipu dengan kata-kata ajnabi seperti dia. Ara ingat dia berbeza. Rupanya dia sama sahaja. Abi, kenapa abi tinggalkan Ara? Ara tiada siapa lagi Abi. Ara tak kuat. Ara perlukan seseorang. Ara perlu tempat mengadu. Ara perlu tempat untuk Ara tunjuk kasih sayang. Sayang sekali, tiada siapa yang sanggup beri tumpang kasih sayang itu. "

Tiara mengadu kepada arwah abinya selesai sedekahkan yaasin buat arwah. Sedih? Siapa tidak sedih. Satu-satunya orang untuk meneduh kasih, menumpang sayang dan tempat mengadu hilang pada usia yang baru ingin kenal dunia. Bukan tidak biasa. Sudah 8 tahun arwah pergi. Tapi manusia mana yang boleh terus tabah dengan dugaan seberat ini yang perlu ditanggung sendirian.

"Abi, Ara perlu kerja. Jika ada masa Ara lawat abi lagi ya. Assalamualaikum abi. "

"Adik, akak nak satu tomyam putih bungkus dengan Sup Ekor ya. " Puan Zuhaila memesan lauk makanan untuk dibawa pulang. Malas pula dia untuk masak harini. Alang-alang keluar dia beli sahaja.

"Okay kak. " jawab pekerja kedai makan itu.

Puam Zuhaila menunggu di meja makan itu. Lama pula bungkusannya mahu siap. Sedang dia leka memain telefon, satu suara menyapa.

"Akak yang order tomyam dan sup ekor tadi? Semuanya RM 30 " satu huluran diberi untuk Puan Zuhaila.

"Okay dik. Nah. " Puan Zuhaila memberikan duit sebanyak RM50. Tapi hulurannya tidak bersambut. Dia pelik melihat gadis didepannya. Mengapa gadis itu seperti terkejut melihat dirinya?

"Ibu? " Tiara terkejut apabila melihat seraut wajah yang dia kenal. Dia akan ingat wajah itu sampai bila-bila. Kerana itulah wajah yang telah meninggalkan diri dia dan juga abi !

"Maaf? Siapa? Adik salah orang kot. "

"Mungkin puan tak ingat saya, tapi saya ingat puan. Puan Zuhaila Binti Rizwan. Seorang isteri yang pergi meninggalkan suaminya untuk kejar cita-citanya sebagai seorang penyanyi. Puan tinggalkan abi, tinggalkan saya semata-mata nak jadi seorang penyanyi!!! Puan ingat kami apa? Anak kucing ke yang boleh dibuang-buang? "

"Tiara?? Betul ke ini anak ibu? Tiara dah besar sekarang. Cantiknya anak ibu. Anak ibu kerja di sini? Tiara mana abi? " tanya Puan Zuhaila tanpa hiraukan orang sekeliling yang memerhatikan mereka berdua. Air matanya juga tidak dapat ditahan. Dia terlalu rindukan Tiara dan suaminya.

"Ibu? Ibu apa macam puan ini? Tinggalkan saya dan abi? Abi meninggal pun puan tiada dengan kami. Abi susah payah jaga saya seorang diri tanpa isteri ada puan fikir? "

"Abi meninggal Tiara? Ya Allah! Tiara maafkan ibu Ara. Ibu cari abi cari Ara tapi ibu tak jumpa Ara. Ibu kembali dekat rumah anak yatim itu tapi bukan abi yang uruskan lagi. Ibu sayang abi sayang Ara. Percayalah. Ibu tahu ibu salah tinggalkan Ara tinggalkan abi tapi percayalah Tiara ibu buat semua itu sebab kamu berdua. Ibu tak mahu hidup susah. Ibu mahu senangkan abi dan Ara. Ibu minta maaf. "

Ara sudah tidak tahan lagi. Sudah lama dia menahan dan memendamkan hal ini seorang diri.

"Abi cuma mahu cinta ibu!!! Abi tak perlu duit. Abi nak kebahagian. Abi nak ibu sentiasa ada disisi walaupum abi susah. Susah sangat ke ibu? Abi setia dengan ibu. 6 tahun ibu! 6 tahun abi tunggu ibu pulang. Bila abi nak meninggal pun abi panggil nama ibu. Tapi ibu? Hilang! Ibu tiada! Abi setiap saat tak pernah berhenti fikirkan ibu. Setiap malam Ara nampak abi peluk gambar ibu. Ada ibu datang tengok abi? Ibu pentingkan diri sahaja! Ibu tak sayang pun abi dan Ara. Ara tahu Ara anak angkat. Tapi Ara pun ada hak untuk tengok abi bahagia. Ara pun ada hak untuk pertahankan abi. Kenapa ibu kejam sangat? Ara hidup susah bu. Susah! Lepas SPM Ara kena teruskan hidup. Kena cari kerja. Abaikan impian Ara untuk masuk Universiti. Demi seseuap nasi untuk diri Ara sendiri. Umur Ara 17 Tahun Ara dah kene hidup sendirian! "

Tiba-tiba satu suara lelaki muncul. Suara yang amat Tiara kenal. Zayn Fikry.

"Betul ke ibu? Ibu cuba ibu cakap benda betul. Cakap dekat Zayn ibu. Cakap dekat Zayn apa yang Tiara cakap tu salah bu. Ibu cakap bu. Siapa Zayn sebenarnya ibu? Zayn ni anak ibu ke? Zayn ni siapa bu. Kenapa Tiara kata ibu tinggalkan ayah dan dia? Siapa ibu dengan Tiara? Ibu!!!! Cakap bu. Cakap dekat Zayn apa hal yang sebenar bu. "

"Zayn maafkan ibu. Apa yang Tiara kata semua betul. Ibu tinggalkan ayah tinggalkan Ara sebab nak jadi penyanyi. Tapi sumpah Zayn ibu memang nak pulang untuk hidup sama-sama dengan ayah dan Ara. Tapi ibu tak jumpa mereka Zayn. Ibu terpaksa putus asa untuk cari mereka. "

Ya Allah. Kenapa dunia ini kecil sangat ya Allah. Lelaki yang aku cintai adalah anak kepada ibu angkat aku sendiri! Ya Allah. Berat sungguh ujian mu ini. Tiara rasa dunianya begitu gelap kemudia dia mula jatuh dan pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience