chapter 14

Romance Completed 24771

"Tiara awak dah sedar? " tanya Zayn apabila melihat Tiara sudah pun membukakan matanya. Zayn membawa Tiara pulang kerumahnya bersama ibu dia.

Mulanya dia sangat marah dengan ibunya. Tapi apabila melihat keadaan Tiara. Dia lupa akan amarahnya. Dia lebih risaukan Tiara. Buat apa untuk dia terus marah sedangkan itu hanya membinasakan diri dia sendiri. Dia tahu bukan mudah untuk Tiara hadap dugaan seperti ini. Dia perlu sabar dan sentiasa disisi Tiara.

"Saya dekat mana? " tanya Tiara dan dia cepat-cepat membetulkan tudungnya dan ingin bangun dari pembaringan.

"Dekat rumah saya. Awak rehatlau dulu. Awak mesti penat. Sekarang awak tinggal sahaja disini. Ibu boleh tengokkan awak. Ada orang jaga awak disini. "

Tiba-tiba tangisan Tiara mula membasahi pipinya kembali.

"Sampai hati awak Fikry. Saya berikan awak hati saya tapi awak patahkan. Saya beri awak kepercayaan saya tapi awak musnahkan. Saya beri awak cinta tapi awak sakitkan. Saya cerita dekat awak semua kisah saya Fik! Rupanya kisah saya tu dekat dengan awak. Saya percaya awak Fik tapi awak tipu saya! Awak tak jujur tentang diri awak yang sebenarnya. Kenapa Fik? Kenapa? Kenapa kejam sangat awak ni? "

Tiara memukul dada Zayn Fikry dengan lemah. Dia sudah penat dengan drama di dunia ni.

Zayn terus memegang tangan Tiara kemudian memeluknya dengan erat untuk menenagkan dia. Zayn tahu perbuatannya salah. Tapu dia tidak sanggup melihat Tiara terseksa seperti ini. Dia tahu ibu salah. Dia juga salah terhadap Tiara. Dia tak mahu Tiara terus sedih.

"Sebab saya sayang awak Tiara. Tiada sebab lain. Saya cintakan awak. Saya ikhlas dengan awak. Ya saya salah. Saya sembunyikan diri saya yang sebenar. Saya tipu awak. Tapi perasaan saya terhadap awak bukan satu penipuan Ara. "

"Awak tipu Fik. Awak tipu. Sakit Fik. Sakit sangat. Hidup dekat dunia seorang diri. Perlu usaha keras untuk sesuap nasi. Perlu lakukan banyaj kerja untuk teruskan hidup. Susah Fik. Kadang-kadang saya tunggu untuk seorang lelaki yang boleh syaa bergantung harap tiba untuk menjadi hero saya. Kemudian awak datang. Awak tahu tak awaklah anugerah terindah yang saya pernah kenal. Tapi saya silap! Awak tipu saya Fik. Awak tipu. "

Zayn sayu mendengar luahan Tiara. Ya dia sedar yang dia melampau. Tapi salahkah dia merahsiakan diri dia yang sebenar kerana dia takut kehilangan?

"Ibu yang salah Ara. Ibu minta maaf. Kalau ibu tak tinggalkan Ara. Ara mungkin tak akan hidup seorang diri. Kalau ibu ada dengan Ara dulu, mungkin abi masih hidup. Kalau ibu tak ambil Zayn sebagai pengganti Ara, mungkin Ara dan Zayn akan hidup bersama. "

Puan Zuhaila sudah tidak boleh berhenti menyalahkan diri dia sendiri. Dia akui, semua ini berpunca dari dia. Tapi sebagai seorang muslim, kita perlu percaya qada dan qadar Allah. Semua ini takdir yang sudah tertulis.

"Tiara, izinkan saya untuk jadi ubat kepada luka awak. Izinkan saya untuk jadi penawar bagi kesedihan awak. Izinkan saya untuk jadi pelindung dan suami yang sah awak Tiara. "

Dengan mata yang penuh dengan air mata, Tiara memandang Zayn Fikry. Lelaki yang amat dia cintai. Lelaki yang berjaya tawan hati perempuannya. Namun, lelaki itu juga yang telah lukainya.

"Please Tiara. Saya tahu awaklah orang yang boleh buat saya jadi diri saya yang sebenarnya tanpa perlu berlakon. Saya cintakan awak dengan setulus hati saya. Saya sudah buat solat istikharah. Dan setiap sujud saya, saya tidak boleh bayangkan wajah gadis lain selain awak Tiara. "

"Setiap kali saya ingin membenci, Allah datangkan satu persatu keasakitan. Setiap kali saya memendam dendam, Allah hadirkan dendam itu dihadapan saya. Ibu, Ara minta maaf sebab berdendam dengan ibu. Ara tidak pernah cuba untuk faham situasi ibu. Jika arwah abi boleh memaafkan ibu. Kenapa Ara tidak kan? Ara maafkan ibu. "

Puan Zuhaila terus sahaja memeluk gadis yang pernah dia jaga sewaktu kecil dahulu.

Zayn tersenyum apabila melihat Tiara yang sudah boleh bertenang dengan amarah sendiri. Tiara masih tidak boleh berikan jawapan kepada Zayn. Zayn tidak mahu memaksa. Biarlah Tiara terimanya dengan sendiri. Dia tidak mahu tambahkan duka dihati Tiara. Cukuplah Tiara sudah memaafkan dia dan juga ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience