chapter 3

Romance Completed 24771

Haih bila kerja sibuk nak cuti, bila cuti sibuk bosan rasa macam nak kerja. Keluh Zayn Fikry. Bukan apa dia cuma rasa kosong. Ada ibu dan ayah tapi mereka tidak mahu ikut untuk bercuti di hotel. Kata mereka, Zayn perlukan masa untuk bersendirian. Ya sehari dua memang rada seronok bila bersendirian. Tapi kalau dah sampai dua minggu. Bosan juga. Kawan? masa aku tengah berjaya seperti ini ramai sahaja yang menghubungi. Tapi aku takkan mudah tertipu dengan manusia zaman sekarang.

Hanya ada bila kita sudah berjaya, berduit, dan berupa. Semasa kita susah? huh masing-masing lari selamatkan diri dulu. Penat hendak berhadapan dengan manusia sebegini.

"Hmm, bersepahnya bilik aku. Takpelah panggil room service jelah. "

Dalam 5 minit pintu diketuk. Zayn menyarungkan bajunya kemudia membuka pintu.

"Room service Encik? "

Zayn memandang gadis dihadapannya itu. Bagau tidak diduga apabila gadis yang dia cari berada di depan matanya sendiri.

"Encik? "

" Err, ya masuk. "


Gadis ini kerja di sini pula? Bukankah dia tukang cuci tandas di Quill Mall? Dia terlampau susahkah sampai perlu kerja banyak-banyak? Siapa dia? Kenapa dia seperti tidak kenal aku?

"Awak kenal saya? " tanya Zayn.

"Kenal. "

"Saya ingatkan awak tak kenal saya. Yela saya kan... "

"Mana mungkin saya lupa Encik. Enciklah yang tolak saya dengan pintu dulu. "

Zayn agak terkejut. Sangka dia, gadis itu kenal dia kerana dia adalah bintang terkenal Malaysia. Tapi gadis itu kenal dia kerana kejadian tempoh hari. Jadi benarlah gadis ini tidak tahu Zayn Fikry ini siapa sebenarnya.

"Saya minta maaf. Saya cuba cari awak tapi awak dah tiada."

"Saya tahu Encik tak sengaja. " kata gadis itu sambil tangannya cekap membersihkan bilik Zayn.

"Nama saya Zayn Fikry. "

"Saya Tiara. "

Zayn melihat gadis bernama Tiara itu. Tiara, what a beutiful name. Tanpa sedar Zayn senyum sendiri. Gadisnya kecil dan manis. Dari gaya memang nampak dia tidak berharta. Tapi dari segi percakapan, Tiara sangat kaya dengan budi bahasa.


"Semua sudah siap Encik. "

"Terima kasih. Panggil sahaja saya Fikry. Tak perlulah encik sangat. Ini tip untuk awak." Zayn memghulurkan not RM100 lima keping.


"Encik, ini terlampau banyak. Saya tak boleh terima. " Tiara memulangkan kembali kepada Zayn.


"Okay anggap sahaja 100 untuk tip awak bersihkan bilik saya. 100 lagi sebagai tanda minta maaf. 300 lagi sebagai tanda saya kawan awak. "


"Kalau macam itu saya hanya ambil 200."

"Jadi saya kena tolak untuk berkawan dengan awak lah? "


"Eh bukan begitu Encik tapi... "

"Kalau begitu, ambillah 300 itu. Tiara, saya ikhlas untuk jadi kawan awak. Untuk bantu awak. Ini rezeki awak Tiara. "


Tiara senyum melihat duit itu. Ya dia tidak mahu ambil duit dari orang kerana kasihan. Dia sangat bersyukur kerana lelaki dihadapannya ini sangat pemurah. Tak jadi masalah untuk berkawan dengan orang yang baik seperti Zayn Fikry.

"Terima kasih Encik. Saya akan doakan kesihatan encik dan juga semoga encik dimurahkan rezeki. "


"Kita kawan sekarang. Panggil saya Fikry. "

" Saya pergi kerja dahulu. Terima kasih Fikry. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience