chapter 5

Romance Completed 24771

"Tiaraaaaaa !" kedengaran satu suara memanggil Tiara. Tiara menoleh kebelakang. Dari jauh dia cuba untuk mengenal pasti gerangan yang memanggil. Kemudian dia tersenyum manis apabila Zayn Fikry yang sudah tersenyum melambai tangan ke arahnya.

"Assalamualaikum." kata Zayn dengan cukup gembira. Dia tidak tahu pula bakal bertemu dengan Tiara kerana dia tidak tahu bagaimana mahu menghubungi gadis itu. Dia serahkan sahaja kepada takdir. Andai mereka bertemu, dia cukup gembira. Seandainya tidak, dia tidak kisah mungkin itu yang terbaik.

"Walaikumsalam." balas Tiara. Namun dia cukup hairan mengapa pakai kawannya itu begitu pelik. Bukanlaj seperti badut pun cumanya dia memakai topi bersama baju hoodie berwarna hitam. Tidak panaskah? Gayanya seperti mahu sorokkan diri sahaja.

"Awak kerja lagi ke? "

"Saya baru selesai kerja. Tapi pukul 8 malam nanti saya perlu kerja lagi. "

"Kerja? Kerja apa lagi? "

"Malam saya kena kerja di kedai makan. Cuci pinggan. " kata Tiara jujur. Dia tidak malu pun untuk berterus terang dengan kawannya itu. Takut jika Fikry lari? Kalau betul dia ikhlas dia akan terima aku seadanya.


"Tak penat ke Tiara? "

"Habistu awak nak tengok saya merempat bawah jambatan ke? Takdelah penat mana, kalau tak buat kerja pun bosan juga kan. "

"Hahaha takdelah saya nak suruh awak merempat. Cumanya saya suka tengok gadis macam awak. Tak bergatntung harap pada sesiapa. Usaha dengan sendiri. saya betul-betul impress dengan awak. "

"Alahamdulillah, berkat pertolongan Allah juga. Tapi kenapa awak pakai macam ni? "

"Err saja. Tiara saya nak belanja awak makan. Jom. "

Tiara tidak mahu sebenarnya. Dia tidak mahu rasa terhutang budi dengan lelaki bernama Zayn Fikry itu. Tapi Fikry terus sahaja berkata yang dia ikhlas dan anggap sahaja Fikry lakukan semua itu atas dasar kawan. Jadi dia ikutkan sahaja. Asalkan Fikry tahu batas dia.

Sampai sahaja di gerai makan, mereka mengambik tempat duduk. Zayn Fikry melihat gadis bernama Tiara itu melihat menu makanan. Gayanya seperti rasa bersalah untuk memesan.

"Fikry, saya rasa saya nak minum air sahaja. Awak pesanlah apa awak nak. Saya teman awak makan. "

"Kalau macam tu saya pun nak minum air jugalah. "

"Eh tadi kan awak kata awak lapar. Awak makanlah. Nanti awak sakit perut pula."

"Tiara, saya seorang lelaki. Takkan saya nak makan didepan perempuan sedangkan awak hanya minum air. Saya akan rasa saya ni bidap."

"Baiklah, saya mahu nasi goreng kampung dan air sirap limau satu. "

Zayn tersenyum apabila Tiara mengalah dengannya. Namum dia dapat rasakan yang Tiara masih tidak selesa dengannya.

"Fikry, terima kasih untuk makanan ini. "

"Sama-sama. Hmm Tiara, macam mana saya nak hubungi awak? "

"Maaflah Fikry, saya tiada telefon macam awak. Okay begini awak beri nombor telefon awak. Nanti bila ada masa saya akan hubungi awak. "

"Betul? "

"In sha allah Fik. "

Tiara sambung untuk kerja kembali. Nombor telefon Fikry dibawa bersamanya. Suka? memanglah suka. Fikry adalah kawan pertamanya. Sudah lama dia mahu ada perasaan seperti ini. Yela Tiara dari dulu tak pernah mempunyai kawan baik seperti budak-budak lain.

Hidupnya sibuk untuk belajar sampai SPM kemudia kerja untuk senangkan abi. Tapi sayang sekali apabila abinya meninggal akibat serangan jantung ketika Tiara sedang menunggu keputusan SPM keluar. Kira-kira 8 tahun lepas. Sekarang dia hidup sebatang kara dalam umur 25. Keluar pun tiada apatah lagi kawan-kawan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience