chapter 2

Romance Completed 24771

"Zayn, balik dah? Zayn dah lunch? Meh sini ibu dah masak ikan keli masak sambal yang Zayn suka tu. Duduk. " Sambut ibu Zayn Puan Zuhaila

"Belum lagi ibu. Zayn tukar baju dahulu nanti Zayn turun Zayn makan dengan ibu. "

"Iyalah jangan lambat sangat ya sayang. Ibu tunggu. "

Kenapa pula dengan anak aku tu? Selalunya terus sahaja melulu kedapur untuk makan. Ini tidak. Tak sihatkah? Haih.

Zayn menukar baju suitnya dengan baju Tshirt biasa bersama seluar pendek. Tapi dari tadi dia tidak mampu lagi untuk buang memori tentang gadis pencuci tandas itu. Wajah gadis itu melekat di fikirannya. Serabut betul.

Cepat sahaja Zayn turun untuk ke dapur makan bersama ibu. Tidak mahu akibat masalah dia ibu pula yang lambat menunggu.

"Sedapnya ibu masak. Harini bukannya hari jadi Zayn pun. "

"Mengaku sahajalah yang ibu masak memang sedap. Boleh muflis habis semua restaurant 5 stars di KL ni. "

"Hahahaha, ibu ni kalau berangan jauh sangat. Hotel 5 bintang tu hidangkan spagetti bukan ikan keli. "

"Halah halah, ingat ini italy ke? Kita ni warga malaysia sepatutnya majukan masakan malaysia bukannya tiru masakan luar negara tu. "

Zayn sudah ketawa apabila melihat riaksi Puan Zuhaila itu. Zayn memang mengaku kalau bab makan! Ibunyalah chef terhandal di seluruh malaysia walaupun masak campak-campak sahaja.

"Ibu tengok Zayn ni macam penat sangat gayanya. Zayn okay ke? Atau jadi pelakon ni memnag susah sangat. "

"Kerja apa yang senang ibu. Kena lah ada usaha sikit komitmen and tenaga. Duit tu ibu bukannya jatuh dari langit. "

"Ibu faham Zayn. Tapi pelakon dengan kerja yang lain berbeza. Zayn tu sekejap kene hentam sekejap kene sayang. Ibu tak sanggup tengok anak ibu ni kene kutuk kena caci tanpa sebab munasabah ."

"Ibu janganlah risau. Zayn akan jaga imej Zayn, imej keluarga kita. Zayn bukan sempurna seperti yang mereka mahu. Zayn ada juga kekurangan. Jadi bila mereka kutuk Zayn, Zayn akan jadikan itu pembakar semangat untuk Zayn terus menjadi insan yang lebih baik. "

"Zayn tu cukup sempurna dimata ibu. Dimata Ayah. Zayn adalah diri Zayn. Jangan sebab orang lain Zayn berubah. Sebelum dengar kata orang, dengar dahulu hati Zayn. "

Zayn tersenyum mendengar kata ibu. Rasanya sudah lama orang tidak memberi kata semangat seperti itu kepadanya. Ya sudah lama dia tidak mengikut kata hati untuk terus menjaga hati peminatnya. Pening.

"Ibu, Zayn rasa Zayn nak cuti 3 bulan. Zayn nak tenangkan fikiran. "

"Elok sangatlah tu Zayn. Kamu tu ibu tengok macam dah hilang akal asyik kerja sahaja. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience