chapter 12

Romance Completed 24771

"Hari ini kita ada gossip terhangat! Orang kata bintang lakonan terkenal kita siapa lagi kalau bukan Zayn Fikry sedang hangat bercinta. Sedihlah semua perempuan di Malaysia yang tergila-gilakan aktor ini. " kata pengacara gossip tv iaitu Nadeen

"Minggu lepas kita ada interview Zayn untuk tanya soalan lanjut. Saksikan. "

Skrin bertukar ke interview Zayn.

"Zayn Fikry, ramai peminat sudah nampak awak bersama seorang perempuan. Mereka sudah ada gambar seperti awak di kedai makan dengan baju yg agak tertutup sewaktu awak mengambil cuti yang agak lama. Jadi adakah awak cuti untuk spent time bersama teman wanita awak? "

"Hmm maaf, niat saya memang tak mahu nak berahsia. Benda ni jadi tanpa saya jangka. Tanpa saya sendiri tahu. Saya bukan ambil cuti sebabkan gadis itu. Ia kebetulan. Semasa saya cuti saya terserempak dan berkenalan dengan dia. Pada pandangan saya ya dia seorang perempuan yang sangat lembut dan sopan. "

"Jadi adakah benar netizen mengatakan yang awak hangat bercinta dengan dia? Siapa gadis itu? "

"Kalau cakao soal hati memang saya tak boleh nak agak. Buat sementara biarlah ia rahsia. Doa sahaja yang baik-baik. Jika ada jodoh saya kahwin jika tiada saya okay. "

Puan Zuhaila cepat sahaja menutup rancangan tv itu. Dia tahu anaknya sangat mencintai gadis misteri yang disebut satu malaysia itu. Cumanya silap anaknya yang tidak jujur tentang dirinya yang sebenar.

Sampai bilalah Zayn nak begini. Biarkan takdir tentukan biarkan masa ubati luka. Aduhai anak.

"Ibu, Zayn ni teruk. Lukakan hati seorang perempuan. Zayn ni tak layak nak bercinta dengan perempuan. Zayn hanya tahu berikan luka sahaja. " kat Zayn dengan mata yang berkaca.

"Anak ibu bukan seperti itu. Zayn buatlah solat istikharah. Minta petunjuk dari Allah. "

Zayn hanya diam. Dia naik ke bilik. Baring. Penat! Penat dengan hal dunia. Susah sangat ke untuk aku memperisterikan Tiara? Aku ikhlas dengan dia. Tapi kenapa semuanya bagai tidak kena. Ya Allah bagaimana keadaan dia ya Allah. Kau lindungilah dia. Lindungi hati dia.

Zayn kemudiannya siapkan diri untuk solat istikharah moga Allah berikan dia petunjuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience