chapter 6

Romance Completed 24771

Sudah hampir tiga minggu tiada apa-apa kabar tentang Tiara? Rindu? Entahlah. Risau? tentu sekali. Yela bukannya dia tak tahu yan Tiara itu hidup sendirian. Entah ada duit entah tidak? Entahlah kenapa aku ni rasa seperti mahu sangat ambil tahu tentang dia. Dia bukan sesiapa pun. Ada sesuatu tentang diri dia yang aku sendiri tak tahu.

"Kalau hati tu mahu jumpa, pergilah cari Zayn. Jangan diseksa hati tu. " kata Puan Zuhaila apabila bila anak bujangnya termenung sendirian. Walaupun gayanya seperti tengah tengok tv namun jauh dalam hati seorang ibu tahu yang dia bukannya sedang menonton pun.

Puan Zuhaila tahu cerita tentang gadis bernama Tiara itu. Rahsia Zayn? Semuanya dipoket Puan Zuhaila. Sebagai seorang ibu, memang wajar pun untuk dia menkadi tempat mengadu Zayn Fikry.

"I don't know how ibu. "

"Ada satu pepatah ni, nak seribu daya. "

"Atau mungkin Tiara memang tak nak jumpa Zayn. Atau mungkin Tiara dah kahwin ke kan. "

"Eh dah cakap pun atau bukannya Zayn tahu pun. If you want to know about her, then carilah dia. Takkan itupun ibu nak kena ajar. "

"Hmm... but if she want to be my friend she should call me. But why she don't call me? " Zayn sedikit mengeluh. Dia amat terasa dengan Tiara. Dia betul-betul ikhlas mahu berkawan dengan Tiara. Tapi kenapa Tiara seperti tidak mahu.

Akhirnya Zayn mengalah. Dia mengambil kunci kereta BMWnya dan terus keluar mencari Tiara.

Ya betul kata ibu. Kalau aku yang mahu sangat berkawan dengan Tiara, kenapa aku kena tunggu Tiara. Sepatutnya aku yang perlu kejarnya. Aku yang perly jaga dia. Aku yang perlu beri dia kepercayaan aku.

Sudah hampir 5 kali Zayn berputar di area yang sama untuk mencari Tiara. Namun bayang pun dia tak nampak. Sudah juga dia ke kedai makan yang Tiara kerja namun jawapan yang diberikan oleh orang kedai itu adalah Tiara hanya kerja untuk gantikan pekerjanya yang ambil cuti bersalin. Jadih Tiara sudah tidak kerja di situ lagi.

Zayn lupa untuk berpakaian lebih tertutup pada hari ini. Gara-gara untuj mencari Tiara.

dia turun sahaja kereta untuk ke hotek yang Tiara kerja, sekumpulan perempuan sudah datang kearahnya untuk bergambar. Maklumlah hidup seorang selebriti.

Zayn pula seperti biasa, takkan dia mahu menolak. Dia perlu ikutkan juga peminatnya. Argh pada masa begini. Rasa give up pula mahu jadi seorang bintang. Tak fikir ke masa privasi orang? Artis juga seorang manusia. Perlukan masa untuk lebih penting dan ingin tenang dari diserbu. Bukannya nak marah kepada peminat. Namun kadang-kadang rasa seperti mereka ni over sangat. Kalau tak layan kena kecam kalau layan lebih-lebih pula. Penat.

Sedang sibuk menangkap gambar, tiba-tiba melalui gambar tersebut, dia melihat satu figura yang amat dia kenal. Dia menoleh kebelakang. Dia melihat orang yang dia cari! Tiara!

Tapi Tiara tidak boleh lihat dia dalam imej begini. Tiara tidak tahu Zayn adalah seorang selebriti.

"Sorry ladies, I need to go now. Thank you. " kata Zayn dengam sopan kepada peminatnya itu. Dia kembali kedalam keretanya kemudian memakau hoodie dan cermin mata yang memang sedia ada didalam keretanya itu. Dia mengekori bas yang dinaiki Tiara. Aneh, terasa seperti terlampau jauh untuk Tiara pergi bekerja.


"Come on Tiara. Kenapa awak buat saya macam ni. Awak nak pergi mana? Saya sangat risau tentang awak. " Bisik kecil Zayn dengan diri dia sendiri.

Kemudian bas itu berhenti di stesen bas berhadapan dengan rumah anak yatim Cahaya An-nur.

Zayn cepat sahaja keluar dari kereta untuk dapatkan Tiara. Tiara amat terkejut apabila tiba-tiba sahaja dia melihat wajah Zayn.

"Eh Fikry, awak buat apa disini? "

"Saya ikut awak. "

"Hah? "

"Awak buat apa dekat rumah anak yatim ni Tiara? Awak tinggal di sini? Atau kerja di sini? "

Zayn biar sahaja Tiara pelik dengan ketibaanya di sini. Dia bukan apa. Risau dengan keadaan Tiara itu. Dah lah kerumah anak yatim ini sorang-sorang. Jauh pula tu hampir 1 jam dengan menaiki bas.

"Awak tak perlulah tahu apa saya buat dekat sini. Takde hal penting pun. "

"Saya nak tahu juga. Saya nak ikut awak. "

Haih Fikry oi, kenapalah kau keras kepala sangat?

"Kalau awak nak ikut juga. Marilah. " Tiara mengalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience