chapter 9

Romance Completed 24771

"Assalamualaikum Ara. " kata Zayn setelah Tiara menjawab panggilan.

"Walaikumsalam. Kenapa awak call saya Fik?"

"Saja. Teringat dekat awak. Rindu kot. "

"Mengarutlah awak ni. "

"Taklah. Saya nak tanya phone okay tak? "

"Okay je. Cumanya saya rasa macam rugi pula awak beli phone mahal-mahal ni padahal saya guna untuk call awak je. "

"Eh tak mengapalah. Saya yang nak belikan untuk awak. Awak janganlah risau. "

"Tapi Fik saya nak awak tahu yang saya kawan dengan awak bukan sebab duit tapi sebab awak yang banyak tolong saya. "

"Kawan je? Kalau kata awak nak jadi isteri pun takpe. Saya sanggup tanggung awak. "

Tiba-tiba Tiara tidak membalas kata-kata Zayn Fikry itu. Entahlah. Rasa ada yang tak kena. Buat masa sekarang hati? memang kata suka sahaja dekat Fikry. Siapa tidak suka lelaki sebaik Zayn Fikry. Kacak pula tu.

"Tiara, sorry.. saya gurau sahaja. "

Tak sedap pula apabila Tiara diam begitu saja. Niat dia memang betul. Dia tidak akan pernah mainkan perasaan Tiara begitu sahaja. Dia bukan jenis lelaki yang tak berpegang pada kata-kata. Dia memang ikhlas untuk memperisterikan gadis yang bernama Tiara itu. Cumanya dia takut ditolak kerana Tiara bukan gadis seperti diluar sana yang akan kata setuju.

"Fikry soal hati dan perasaan boleh tak awak jangan buat gurau? Saya bukan apa, saya takut saya jatuh cinta dengan awak. Jatuh cinta dengan sikap prihatin awak. Tapi akhir sekali ia memakan diri saya sendiri. Saya sedar diri saya Fik. Perempuan miskin yang tiada keluarga hidup susah dan tidak ada kerja tetap. Saya sedar awak dan saya memang macam langit dan bumi. "

"Ara, ya awak dengan saya memang macam langit dan bumi. Tapi Ara, tiada langit awak ingat bumi itu ada? Tiada bumi awak ingat langit itu ada ke? Awak perlukan saya Ara untuk ubah hidup dan nasib awak. Dan saya perlulan awak Ara sebab saya yakin awaklah tulang rusuk kiri saya. "

Ara mahu sahaja meletakkan telefon itu tapi dia tidak tahu bagaimana.

"Fikry lain kali boleh tak awak ajar saya untuk matikan telefon ni. "

Kedengaran suara Zayn Fikry yang sudah ketawa dengan ayat Tiara. Baru sahaja nak buat drama. Tapi Tiara buat lawak pula. Benda simple pun dia tidak tahu. Apatah lagi nak jaga diri dia sendiri.

"Ara saya ikhlas nak jadikan awak isteri saya. Saya tak tahu bila perasaan ni datang. Saya tak tahu. Tapi saya yakin bila saya sanggup kejar bas yang awak naik tu semata-mata risau dengan keselamatan awak. Ya kelakar bila saya tak kenal awak langsung dan saya beri awak nombor telefon saya. Paling kelakar apabila saya percaya awak dan tunggu awak hubungi saya. "

"Sejujurnya siapa yang tak suka awak? Saya pasti sesipa sahaja yang lihat awak kenal awak pasti jatuh cinta. Bukan saya tak perasan yang ramai tengok awak. Mungkin sebab awak hmm okay saya mengaku kacak. And maybe orang pelik kenapa orang sekacak awak dan sekaya awak boleh bergelak ketawa dengan perempuan yang tak ada apa macam saya ni. "


"Jadi awak nak cakap yang awak suka saya ke Tiara? "

Diam sejenak perbualan mereka. Argh come on lah Tiara. If kau suka aku, cakap jelah. Susah sangat ke? Aku dah macam orang gila terbayangkan kau.

"Fikry, saya minta maaf saya nak kerja ni. "

Tiara meletakkan telefonnya. Tapi dia lupa untuk matikan talian. Dia ingat jika tutup boleh matikan talian itu. Dia mengeluh sendiri.

"Saya memang suka awak Fik. Bila dengan awak saya rasa beban saya semua hilang. Saya dapat rasa yang awak sama seperti abi. Boleh jaga saya. Tapi saya malu sebab saya bukan macam awak. Kita terlampau banyak beza. "

Zayn Fikry dengar apa yang Tiara katakan. Dia tersenyum. Dia akan menganggap yang Tiara setuju untuk jadi isteri dia. Zayn sangat gembira dan terus matikan talian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience