chapter 7

Romance Completed 24771

"Not bad eh rumah anak yatim ni. Walaupun takde tv and gadjet-gadjet zaman sekarang mereka masih boleh bergembira seperti ini. " kata Zayn kepada Tiara ketika mereka sedang duduk melihat budak-budak sedang bermain di padang.

"Gembira? Gembira bagi orang-orang macam kami ni Fik adalah untuk masa bersama keluarga. Tv? Hanya penuhkan duka kami sahaja. "

"Kami? Maksud awak Tiara? "

"Saya bekas anak yatim di rumah ni. Ibu ayah saya meninggal ketika saya kecil waktu tu kemalangan jalan raya. Saya tak ingat apa-apa pun Fik. Nasib baik masa itu ada arwah abi. Dia tolong saya dan keluarga saya. Tapi malangnya ibu ayah saya tak dapat diselamatkan. Mereka minta abi jagakan saya sebab kami tiada keluarga lain dah. "

"Jadi awak tinggal disini dengan abi awak? "

"Rumah anak yatim ni abi punya. Dia bawa saya masuk. Disebabkan masalah kewangan, abi jual rumah ni kepada orang lain dengan syarat rumah anak yatim ini perlu diteruskan. Abi jadikan saya anak angkat dia atas amanah ibu dan ayah saya. Mulanya abi dan isterinya yang jaga saya tapi sewaktu umur saya 11 tahun, isteri abi tinggalkan kami untuk jadi penyanyi. "

Zayn tekun mendengar luahan hati Tiara. Sedih betul kisahnya. Jika tempatnya digantikan dengan Zayn, belum tentu Zayn mampu hadapi.

"Sebab itu awak tak tengok rancangan tv? "

"Ya, dan kalau boleh saya tak mahu pun berjumpa dengan mana-mana selebriti dekat malaysia atau luar negara. Sebab tiap kali saya tengok mereka. Saya rasa itulah punca kematian abi. "


"Maksud awak Tiara? "


"Awak tak tahu betapa susahnya abi untuk besarkan seorang anak perempuan sendirian Fik. Abi selalu pergi kerja pagi balik malam. Semua untuk bayar yuran persekolahan saya. Tiada siapa yang jaga makan minum abi. Abi berikan segalanya untuk saya tanpa fikirkan diri dia sendiri pun. Dia selalu pesan kepada saya. Saya perlu habiskan belajar. Tiap hari Fik, saya belajar rajin-rajin untuk senangkan abi pada masa hadapan. Tapi abi pula yang tinggalkan saya lebih awal. Jadi lepas SPM saya perlu kerja untuk sara diri sendiri. "


Zayn melihat Tiara yang sudah menangis. Ya dugaan buat Tiara memang berat. Mengapa gadis selembut dan secantik ini mempunyai dugaan yang begitu dahsyat ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience