BAB 5

Romance Completed 18716

*Flashback*

Terperuk di sofa sambil menghadap jendela yang berada disisinya. Jauh renungannya ke luar tembus entah di mana titiknya. Wajahnya suram dan air mata jernih mengalir tak henti-henti dari tubir matanya ke pipi. Bajunya turut basah apabila air mata itu sengaja tidak diseka.

Dalam perasaannya yang masih kosong, babak-babak yang berlaku seminggu lalu terbayang kembali di benak fikirannya.

"Ayah minta tolong dengan kakak. Selamatkanlah nama dan maruah keluarga ini. Ayah dah tak sanggup terima apa-apa lagi bantahan. Cukuplah adik kau seorang yang buat hal. Jangan kau juga mahu berbuat demikian," kata Tuan Jamili dengan nada merayu. Wajahnya resah dan garis kereput wajah tua itu semakin terserlah dalam situasi tegang ketika itu. Isterinya, Puan Badriah hanya membatu dengan linangan air mata.

"Tapi ayah... kenapa kakak yang perlu tanggung semua ni. Sedangkan Maisarah yang buat hal. Lari entah ke mana. Bukankah dia juga yang beria-ia setuju menerima lamaran ini hari itu?" bentak Qaisara tanda membantah.Dia tahu tidak sepatutnya nada tinggi itu keluar namun dia geram.

Tambah pula, selama ini dirinya dirasakan sering menjadi korban acapkali adiknya itu membuat kesilapan.

Sebelum ini mungkin dia boleh bersabar.Namun tidak untuk sekali ini. Tidak sama sekali!

"Cukuplah selama ini, kakak tanggung kesalahan yang dia lakukan. Takkan hal penting begini pun kakak juga kena juga ? Ini melibatkan masa depan kakak, ayah! Kakak sedih sangat. Sanggup ayah buat begini? Menyerahkan hidup dengan lelaki yang kakak sendiri tak kenal entah siapa-siapa. Sanggupkah ayah tengok masa depan kakak hancur?"

Kali ini Qaisara tidak dapat menahan lagi. Apa yang terlintas di fikirannya dihamburkan keluar. Air mata yang cuba dibendungnya tumpah juga kini.

"Ayah memohon padamu agar bertimbang rasa dan berfikir untuk kebaikan semua. Segala persiapan sudah siap. Undangan juga telah dihantar. Jika ditangguhkan, ayah malu untuk berhadapan dengan dunia ini lagi," balas Tuan Jamili sayu. Kata-katanya itu menyentak rasa si anak.

"Tapi ayah... Ini tak adil untuk Sara. Tak adil," katanya sambil berlinangan air mata deras.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience