BAB 9

Romance Completed 18716

Qaisara memandang kiri dan kanan ruang simpan kasut. Pelik, kasut-kasut yang dibawanya sudah tiada lagi di situ. Seingat dia, sudah disusunnya kasut-kasut tersebut dalam almari namun sepasang pun tak nampak.

"Abang, ada nampak tak kasut-kasut saya kat luar tu?" tanya Qaisara apabila melihat kasut-kasut yang disusunnya selama ini di almari kasut sudah tiada di situ.

"Kasut tu, kasut kau. Buat apa tanya pada aku. Mana la aku tahu," balas Kamal sengaja menjengkelkan.

"Tak ada la, saya tanya sebab dalam rumah ni kita berdua je ada. Kalau bukan saya yang alihkan, siapa lagi yang akan buat macam tu? Mestilah abang kan. Takkan ada orang lain lagi nak buat," Qaisara sengaja menjawab kata-kata Kamal.

"Kau ni banyak alasan kan? Ada je jawapan kau kalau aku cakap sikit. Kalau aku dah cakap tak tahu, tahu lah," Marah Kamal sambil bercekak pinggang.

"Tak payah la nak marah-marah, jawab dengan muka bongkak tu. Saya nak tahu kasut saya ada di mana. Tak mungkin boleh hilang sekelip mata," balas Qaisara lagi menerus mencari kasut-kasutnya.

"Dah kau tanya aku bukan-bukan. Mestilah aku marah"

"Habis tu nak tanya pada siapa lagi kalau bukan abang? Abang datang la sini kejap. Tengok mana kasut-kasut saya hilang..." Qaisara mula merengek. Kamal yang rimas bersoal jawab berjalan ke arah Qaisara yang berada di sebelah almari kasut.

"Maksud kau kasut yang bersusun di almari ni ke?" tanya Kamal. Qaisara terus mengangguk.

"Oh, aku dah buang semuanya. Buruk sangat," jawab Kamal berlalu meninggalkan Qaisara yang terlopong mendengar jawapan selamba suaminya. Puas hati Kamal melihat Qaisara geram begitu.

"Mana boleh abang buang macam tu je. Kenapa tak tanya saya dulu?"

Kamal pergi tanpa mahu menjawab lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience