BAB 3

Romance Completed 18716

"Aku nikahkan kau dengan anakku Qaisara binti Jamili dengan mas kahwinnya..," ucap Datuk Jamili untuk akad ijab dan kabul anaknya terhenti apabila Kamal menarik tangannya kembali. Datuk Jamili tersentak! Dia menunduk seketika dan matanya sudah melihat kiri dan kanan. Kamal pula sudah berkerut dahi merenung Datuk Jamili.

"Tunggu sekejap Uncle. Maafkan saya sebab tarik tangan begitu. Bukan niat saya mahu kurang ajar. Saya tersalah dengar atau pak cik tersilap sebut nama anak uncle sendiri? Saya mahu mengahwini Maisarah dan bukannya Qaisara." Tanya Kamal kebingungan.

Ayah Kamal, Tuan Hashim juga kebingungan mendengar hujah anaknya tadi. Lain yang dipinang, lain pula yang nak dinikahkan pada hari itu. Lantas Tuan Hashim bangun mendekati anak lelakinya dan mempersoalkan apa yang berlaku. Qaisara yang berada di dalam bilik juga resah setelah diberitahu acara ijab dan kabulnya dihentikan seketika. Tegang situasi diluar. Jika pihak lelaki menarik diri pastinya satu keluarganya menanggung malu dan pengorbanannya hanya sia-sia.

"Bawa bertenang, boleh Tuan Hashim dan Kamal ke bilik itu sebentar. Saya boleh terangkan apa yang telah berlaku," ujar Tuan Jamili dengan nada sayu tapi masih kelihatan tenang. Kamal seakan menghidu helah yang mahu menjerat dirinya.

Faris bersama ibu dan ayahnya, Tuan Hashim dan Puan Laila membontoti Tuan Jamili dan isterinya, Puan Badriah ke sebuah bilik yang tidak jauh dari tempat akasd nikah tadi berlangsung.

Setelah menjemput semuanya duduk di kerusi yang ada di bilik itu, Tuan Jamili memulakan cerita tentang apa yang terjadi. Tuan Hashim dan Puan Laila pada mulanya menolak sekeras-kerasnya. Mereka rasa tertipu. Kamal juga tidak mahu meneruskan perkahwinan itu namun demi menyelamatkan maruah keluarga, Tuan Jamili bertindak merayu. Tuan Jamili berlutut di hadapan Tuan Hashim, Puan Laila dan Kamal. Kerana tidak sampai hati, Tuan Hashim dan Puan Laila bersetuju namun Kamal masih mahu menentang.

"Saya minta maaf pada Tuan Hashim sekeluarga. Saya malu! Saya terpaksa buat begini."

"Bagaimana ini semua boleh jadi Tuan Jamili? Tapi, tak mengapalah. Kamal, janganlah kamu berdegil dan keras hati. Bantulah selamatkan maruah keluarga ini nak." pujuk Puan Laila.

"Saya tak mahu kahwin! Saya dan Qaisara tidak ada perasaan antara satu sama lain. Bagaimana kami nak teruskan kehidupan nanti sebagai suami isteri, sekatil, serumah. Saya tak dapat bayangkan itu semua terjadi," tegas Kamal seakan tidak percaya dengan apa yang terjadi. Ibu dan ayahnya pula menyebelahi Tuan Jamili.

"Maafkan pak cik Kamal. Jika kamu tidak mahu meneruskan pernikahan ini, tak mengapalah. Pak cik tahu ini semua salah anak pak cik," ujar Tuan Jamili dengan linangan air mata. Puan Badriah turut menangis sambil memeluk bahu suaminya untuk menenangkan kesedihan.

Hampir 45 minit juga mereka di dalam bilik berbincang. Qaisara sudah tidak sedap hati apatah lagi mendengar beberapa teriakan seperti bergaduh. Dia cuba memasuki bilik itu untuk menjelaskan keadaan namun dihalang oleh mak ciknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience