BAB 1

Romance Completed 18716

Qaisara tak bersalah. Ini semua akibat perbuatan Maisarah. Kenapa aku yang perlu menanggungnya? Kenapa? Selama ini sudah aku diamkan apa jua perbuatannya. Nah, kenapa sekarang aku lagi yang perlu menjadi mangsa korban?

Kenapa mummy? Kenapa papa? Qaisara anak pungut dan Maisarah anak kandung? Begitukah?

Terhentak
Seketika menjauh
Tiada terkira olehku
Terhempas badai tsunami ciptaanmu

Merapuh
Terluka dalam
Membakar lelehkan tubuhku
Pijaranmu kini laksana lilin

Nista
Tak dianggap
Bagai butiran debu
Kasih suci terbayar khianat

Rasa
Sakit kecewa
Diri seakan mati
Meski masih memijak bumi

Bukankah aku juga darah dagingmu?

Kata-kata terakhir yang keluar dari mulut papanya sebentar tadi menyekat suaranya di kerongkong. Niatnya untuk terus membantah tiba-tiba menurun. Sekarang dia sendiri idak tahu untuk membuat keputusan.

Masih terngiang-ngiang kata-kata itu. Air mata Qaisara mengalir lagi. Hatinya remuk, fikiran berkecamuk. Mahu atau tidak, dia kena terima juga. Titik. Tiada lagi jalan keluar. Cuma satu yang ada iaitu menjadi pengantin perempuan kepada lelaki yang melamar adik kembarnya pada hari pernikahan yang telah ditetapkan oleh adik kembarnya sendiri, Maisarah. Dan Qaisara terperangkap!

Akur. Itu sahajalah yang dia mampu lakukan walau hati tidak membenarkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience