BAB 11

Romance Completed 18716

"Alamak aku dah terlewat. Sarapan tak buat lagi!" bergegas Qaisara bangun bersiap.

"Kenapa la kau tak berbunyi jam oi," gumam Qaisara lagi.

"Abang... tak bangun lagi ke?," tanya Qaisara apabila tiada respon dari Kamal walaupun telah berkali-kali dia mengetuk pintu bilik suaminya. Qaisara jadi tidak sedap hati. Bimbang berlaku apa-apa, Qaisara menolak daun pintu bilik.

Dilihatnya Faris berselubung di dalam selimut tebal dan menggeletar. Qaisara panik.

"Abang, kenapa dengan abang ni? Abang sakit?" soal Qaisara dengan cemas. Tangannya diletakkan di dahi Kamal. Panas.

"Abang demam panas ni. Abang boleh bangun tak, kita ke klinik sekarang," kata Qaisara cuba membantu Kamal untuk bangun. Namun ternyata kudratnya sebagai wanita tidak mampu untuk mengangkat Kamal yang sudah menggeletar menahan sakit.

Qaisara menyelongkar laci mencari tuala dan membasahkannya. Tuala basah itu cepat-cepat diletakkan di dahi Kamal untuk merendahkan suhu. Tuala lainnya pula Qaisara letakkan di dada dan perut suaminya. Ubat diberikan dan Qaisara harap suaminya boleh bangun semula.

Qaisara sedaya mungkin membantu Kamal dan dimasakkan bubur untuk Kamal jamah apabila bangun tidur nanti.

Akibat terlalu penat bangkit duduk menukar tuala di badan Kamal, Qaisara terlena di sebelah Kamal. Tahu-tahu sahaja bahunya disentuh membuatkan dia terjaga.

"Abang dah sedar? Sakit kepala tak? Nak saya urut kepala abang? Atau abang lapar, nak makan bubur tak? Saya dah siapkan tadi."

Kamal hanya menggeleng, Mata yang dipejam sekejap itu kembali dibuka semula merenung wajah Qaisara.
"Abang nak makan ke? Saya sediakan sekarang juga," laju saja soalan-salan diberikan Qaisara kepada Kamal apabila suaminya itu membuka mata dan nampak lebih sihat dari tadi.

Qaisara menghulur sudu berisi bubur ke mulut Kamal. Tak dapat menolak, Kamal membuka mulutnya dan makan.Tiba-tiba sahaja, hatinya senang dengan layanan Qaisara.

"Baiknya isteri aku ni...," bisik hatinya sambil memerhatikan wajah Qaisara. Dia tersenyum sendiri. Hilang rasa sakit demam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience