BAB 6

Romance Completed 18716

Pemanduan pulang ke kediaman Kamal mengambil masa selama sejam lebih. Kini dia dan Qaisara berada di parkir dan keluar dari kereta.

"Ini ke rumah abang? Cantik!" Kata Qaisara memerhati sekeliling.

Kamal hanya memandang sepi soalan isterinya itu. Bukannya dia tidak dengar pertanyaan Qaisara sebentar tadi, tapi ada perkara lain yang berlegar di fikirannya.

Kamal membawa beg bagasinya keluar. Qaisara juga membawa beg bagasinya sendiri keluar dani bonet belakang kereta. Memandangkan soalannya tidak dipedulikan, Qaisara terus diam seribu bahasa. Dia sedar siapalah dia untuk bertanya begitu pada Kamal. Beg pun tidak dibantu untuk bawa masuk kedalam rumah.

Pintu rumah dibuka dan Qaisara melangkah masuk selepas Kamal. Teruja sebentar Qaisara melihat keluasan rumah banglo dan dekorasi dalamannya.

"Cantiknya rumah ni. Pandai abang hias," puji Qaisara untuk memulakan perbualan dan cuba mengambil hati suaminya. Tapi sebenarnya dia memang teruja melihat dekorasi minimalis rumah itu. Kamal masih lagi membatu dan duduk di sofa yang berada di ruang tamu.

"Dengar sini Qaisara. Kita kahwin bukan atas suka sama suka, jadi tak payahlah kau cuba ambil hati aku. Aku pun tak pasti jika aku boleh terima kau sebagai isteri. aku teruskan perkahwinan ini kerana ibu dan ayah aku mahu aku membantu selamattkan maruah keluarga kau. Jangan fikir, aku bawa kau balik ke sini kerana aku sudah dapat menerima diri kau," kata Kamal menyentak rasa Qaisara.
"Saya faham tentang itu. Tapi tak bolehkah abang cuba menerima saya?" tanya Qaisara sayu.

"Aku rasa aku tak boleh. Aku bawa kau balik ni pun sebab terpaksa dan hanya nak buat baik depan ayah kau. Tapi aku benarkan kau tinggal di sini. Bilik kau ada di belakang sana. Bilik aku pula di bahagian atas. Jangan sesekali kau cuba cerooh bilik aku," jelas Kamal sambil menunjukkan kedudukan bilik mereka dengan tangan.

"Disebabkan kau dah ada, aku dah pun berhentikan pembantu rumah. Mulai hari ini, kau sajalah yang uruskan rumah ni. Ambil alih tugas dia. Faham?" kata Kamal dengan bongkak.

Qaisara yang mendengar jadi sakit hati. Tak sangka, kedudukannya hanyalah sebagai pembantu rumah di hati Kamal. Hatinya cukup terguris dengan tindakan suami yang beru dikahwininya itu. Tak tertahankan lagi air matanya mengalir juga di hadapan Kamal. Cuba ditahan namun sia-sia.

Entah mengapa, Kamal tidak rasa kasihan pun melihat keadaan Qaisara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience