BAB 12

Romance Completed 18716

Qaisara terpaksa bekerja luar atas arahan bosnya. Kamal pada mulanya berat untuk melepaskan tapi dia belum mahu mengalah. Belum mahu melafazkan rasa cinta yang sudah berputik dalam hatinya.

Di dalam bilik, Kamal menarik selimut kononnya mahu sambung tidur tapi tak sampai setengah jam, selimut itu ditolak tepi. Rasanya baru sekejap Qaisara meninggalkannya, Kamal sudah mula rasa keseorangan.

"Apa aku nak buat hari hujung minggu ni? Bukannya ada Qaisara untuk diajak bergaduh. Apa aku nak buat ni? Aah... Serabutlah," Kamal berkata-kata sendirian meramas rambutnya. Dia bangun dan terus ke bilik air untuk mandi. Dalam kepalanya masih ligat memikir agenda harinya tanpa isteri yang mula dicintainya itu.

Sebaik keluar dari bilik air, Kamal melihat skrin telefonnya menyala. Fikirnya mesej dari Qaisara tapi hampa. Mesej dari teman sepejabatnya. Kamal sendirian berbaring di katilnya. Dilihatnya jam sudah pukul 10 malam dan tiada satu pun mesej dari isterinya sendiri.

"Sampai hati lupakan suami sendiri. Macam ni nak jadi isteri aku? Kau balik esok pagi tahulah aku apa nak buat. Tapi kenapa aku rasa keseorangan pula ni? Asyik teringat pada dia je. Rindu ke ni? Jangan-jangan, aku dah jatuh cinta? Tak mungkin ini terjadi. Aku cuma terfikir betapa seronoknya menyakitkan hati dia. Itu je kan." gumam Kmal sendirian.

Televisyen di hadapannya dibuka. Satu rancangan pun tak masuk dalam kepala.

"Ish... kenapa aku jadi macam ni?" ligat fikiran Kamal mencari alasan dan enggan mengaku dia sebenarnya sudah jatuh cinta dengan isteri yang bukan pilihan hatinya.

Ting Tong... Loceng rumahnya berbunyi membantutkan Kamal yang sedang berfikir tentang perasaannya terhadap Qaisara.

"Aik, dia dah balik! Nanti kau," Kamal menguntum senyum gembira apabila sangkaannya Qaisara sudah pulang malam itu. Dia bingkas bangun membuka pintu.

Benar sangkaannya. Qaisara di ambang pintu rumah mereka.Matanya merah bertakung air mata.

"Kenapa ni Sara?" soal Kamal kebingungan.

Qaisara terus memeluk tubuh suaminya. Rindu kerana itula dia pulang cepat dan menangis.Biar pun Kamal belum tentu akan membalas, dia mahu meluahkan apa yang dirasakannya.

Sangkaanya meleset, Kamal membalas pelukannya itu dan merangkulnya lebih erat. Qaisara merenggangkan tubuhnya dan melihat wajah Kamal.

"Abang nak peluk saya?"

"Kan abang sedang peluk awakni." Tersengih Kamal melihat Qaisara begitu.

"Tak bencikan saya?"

"Mungkin tak lagi. Tapi abang rasa dah jatuh cinta." Balas Kamal langsung memeluk Qaisara kembali.

Mereka berpelukan dan masing-masing bersyukutr kerana perpisahan yang sekejap itu membuatkan mereka tersedar bahawa mereka saling menyayangi antara satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience