BAB 4

Romance Completed 18716

"Sudahlah tu Kamal. Ayah tahu kamu sedih. Tapi jika kamu sanggup menikahi Qaisara, kamu sudah menyelamatkan diri kamu sendiri dari ditipu oleh gadis yang tidak baik. Bahkan kamu juga sudah menjadi penyelamat keluarga ini. Tolonglah Tuan Jamili, nak," pujuk Tuan Hashim.

"Anggap sajalah jodoh kau dengan Maisarah tak panjang. Terimalah Qaisara. Mama yakin dia akan membahagiakan Kamal. Jika dia sanggup berkorban untuk keluarganya, pasti dia juga akan menjaga kamu dengan baik," pujuk ibunya pula.

Kamal jadi serba salah. Namun desakan dan pujukan ibu dan bapanya akhirnya membuatkan dia mengalah. Bukan salah Qaisara atau Tuan Jamili suami isteri jika Maisarah bertindak melarikan diri begitu. Namun, Kamal bengang kerana terpaksa mengahwini Qaisara dan tanpa diingini, terbit satu dendam dalam hatinya.

Malam pengantin untuk pasangan suami isteri begitu hambar bagi Qaisara. Dia sudah menjangkakan ini semua akan terjadi. Hatinya terluka. Selesai sahaja majlis nikah, Tuan Hashim dan Puan Laila pulang bersama rombongan yang lain. Jadi, Kamal mengambil kesempatan ini untuk meninggalkan Qaisara seorang diri di bilik. Dia belum mampu menerima isteri yang baru dinikahinya itu. Dia memandu ke hotel berdekatan.

Selesai mendaftar masuk, Kamal terus ke bilik dan menghenyakkan tubuhnya ke atas katil. Tangan kanannya di letakkan ke atas dahi sambil tangan kirinya menekan alat kawalan jauh untuk membuka televisyen. Namun tiada satu pun yang masuk dalam perhatiannya. Hinggalah dia tertidur sendiri.

Subuh itu, Qaisara bangun dengan malas. Inai di jarinya begitu merah. Jari-jemarinya yang merah dengan inai dibelek lagi.Sangat cantik.Tapi hatinya tawar.Hari yang sepatutnya menjadi paling gembira menjadi episod duka.

Pagi itu juga, Kamal bersiap-siap ke kediaman keluarga mentuanya. Dia tidak mahu tinggal lama di situ dan mahu pulang segera ke rumahnya sendiri yang telah dibelinya sejak enam bulan yang lalu di Klang. Sudah lama dia berkira-kira untuk memulakan kehidupan berkeluarga dan disebabkan itulah dia membeli rumah banglo dua tingkat ini dilengkapi halaman yang luas beserta pembantu rumah.

Harapan itu hancur sekelip mata.

"Saya akan balik ke rumah saya semula hari ini. Qaisara akan saya bawa sekali," kata Kamal dengan tegas tetapi masih bersopan di hadapan kedua mertuanya. Qaisara yang berdiri di tepi terdiam kerana fikirnya Kamal akan meninggalkan diaselepas nikahkan.

"Baiklah. Qaisara sudah menjadi isteri dan tanggungjawab kamu. Terserahlah pada kamu untuk membuat keputusan. Cuma satu yang ayah minta, jangan sakiti dia," kata Tuan Jamili dengan penuh pengharapan.

"Saya akan cuba. Dah siap kemas, terus masuk kereta," kata Kamal tegas. Qaisara hanya mengangguk faham dan segera ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience