BAB 10

Romance Completed 18717

"Aku nak makan kat rumah malam ni. Kau sediakan makanan!" perintah Kamal.

"Aik, selalu tak nak makan kat rumah tapi dah dua tiga minggu ni, nak pula makan kat rumah. Selalu saya sorang-sorang je," Qaisara sengaja menyindir suaminya sambil tersenyum mengejek.

"Baru kau tahu aku masak sedap. Dulu berlagak. Dasar lelaki bongkak!" kata Qaisara di dalam hati.

"Jangan banyak cakap boleh. Kalau aku tinggalkan kau kat tepi jalan baru kau tahu," bentak Kamal. Sebenarnya dia dah tersuka dengan air tangan Qaisara. Kena dengan seleranya. Lagi pun inilah salah satu cara untuk menyakitkan hati Qaisara.

"Eh, jangan nak buat fasal ye. Saya tak panggil teksi hari ni sebab tadi abang juga yang beria-ia nak hantar ke pejabat," balas Qaisara geram dengan perangai suaminya itu.

"Suka hati aku la. Ini kereta aku kot Yang kau nak persoalkan tu nak buat apa," balas Kamal selamba.

"Iyelah. Saya tahu saya menumpang abang je ni... Abang nak saya masak apa malam ni?" Qaisara bertanya sambil menjulingkan matanya.

"Pandai-pandailah kau fikir sendiri," selamba je Kamal membalas begitu membuatkan Qaisara bertambah geram dan benci dengan perangai suaminya.

Satu nombor yang tidak dikenalinya membuat panggilan. Berkerut dahi Qaisara melihatnya. Ikutkan hati dia tidak mahu menjawab panggilan yang tidak dikenalinya itu. Disebabkan dia terlupa untuk menukar mode senyap, maka panggilan itu terpaksa dijawabnya. Kalau tidak mahu bising satu rumahnya nanti. Kena marah lagi dengan Kamal.

"Hello, siapa ni? Nak cakap dengan siapa?" tanya Qaisara ingin tahu.

"Apa punya soalan ni? Aku call kau, tentulah nak cakap dengan kau. Takkan nak cakap dengan Lingam pulak?" balas Kamal menyindir.

"Maaf, siapa ni ye? Nombor encik ini tiada dalam simpanan saya. Tu yang saya tanya dulu. Kalau main terjah je nanti, saya juga yang malu," Qaisaramemberikan alasan.

"Malu? Kau tahu malu ke? " Berderai ketawa Kamal di hujung talian.

Bengang dengan kata-kata itu, Qaisara terus menutup telefon bimbitnya. Ambik kau! Qaisara tidak mahu melayan makhluk yang mahu main-main telefon sebegitu.

Telefonnya berdering sekali lagi. Qaisara berkira-kira nak menjawab tapi dia mahu tahu juga siapa orang gila yang mengacaunya itu.

"Kenapa matikan talian? Berani kau letak telefon tadi kan," Kamal membebel bengan di hujung talian.

"Kenapa encik biadap sangat ni? Encik ni siapa?" Qaisara meningggikan suaranya. Biadap sangat.

"Aku Kamal. Ini nombor baru aku. Simpan. Petang nanti nak balik, call nombor ni!"

"Astaghfirullah...Kan senang kalau abang bagi je nombor ni depan saya? Lagi pun kita nak pergi kerja sama-sama kan. Apa merepek ni?" Qaisara mengomel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience