BAB 7

Romance Completed 18716

"Oi, mana air aku? Sarapan aku tak ada ke?" pekik Kamal dari meja makan.

"Sekejaplah, saya tengah sapkan ni. Tak perlu jerit. Saya boleh dengar," jawab Qaisara geram.

"Lama sangat kau masak. Mengalahkan pembantu rumah aku dulu. Aku dah lambat nak ke pejabat ni!" Kata Kamal sengaja menyakitkan hati.

"Kalau abang bersabar, mesti siap cepat." Jawab Qaisara tidak mahu kelihatan lemah di hadapan Kamal.

Kamal tiba-tiba naik angin apabila Qaisara menjawab kata-katanya begitu. Tidak semena-mena, cawan yang ada di hadapannya dilempar ke lantai. Qaisara turut terkejut.

"Kau jangan cuba nak cabar aku." Kamal sudah menjegil biji mata. Qaisara menjadi takut dengan perubahan itu.

"Saya bukan nak cabar tapi saya minta abang bersabar sedikit."

"Diam. Tak payah panggil aku abang."

Qaisara sudah menangis teresak-esak. Tak dapat lagi dia tahan untuk menangis.

"Abang, bukan abang saja yang kecewa dan terpaksa berkorban dalam hal ini. Saya juga dalam keadaan terpaksa. Jangan fikir abang saja yang sakit, saya juga rasa sakit menanggungnya. Tapi saya redha. Saya isteri abang yang sah dan terpulang pada abang jika mahu anggap saya isteri atau pembantu rumah semata-mata. Tapi ini tidak adil untuk saya. Bukan salah saya jika Maisarah lari tinggalkan abang. Bahkan saya telah korbankan kebahagiaan saya."

"Habis kau fikir aku ni tak korbankan kebahagiaan aku? Begitu?"

"Bukan begitu, cubalah faham. Kita sama-sama berkorban untuk hubungan ini. Tak bolehkah abang layan saya seperti mana abang layan manusia yang lain. Ini tidak, terjerit, pekik terlolong, saya ada perasaan juga!"

"Oh sekarang nak cakap perasaan pula. Aku memang tak ada perasaan pada kau."

"Tak ada perasaan tak mengapalah. Tapi saya minta, panggil nama saya elok-elok, cakap baik-baik. Ini tak macam saya ni membuat kesilapan 24 jam," kata Qaisara dengan suara yang bergetar.

"Dan satu lagi, saya tiada masalah untuk jadi pembantu rumah. Saya dah biasa pun buat kerja begitu. Tapi saya nak minta izin untuk meneruskan pekerjaan saya sekarang di pejabat. Harap abang benarkan sebab saya tak mahu dikatakan bergantung pula dengan kekayaan abang," tambahnya lagi sebelum berpaling ke biliknya. Hatinya hancur dengan sikap dan layanan Kamal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience