BAB 8

Romance Completed 18716

Diam tak diam, sudah tiga bulan, Qaisara tinggal di rumah itu. Walaupun Kamal selalu membangkitkan kemarahannya dengan sifat ego sehingga kerap kali juga mereka bertekak, Qaisara sebenarnya menyukai rumah banglo milik suaminya itu. Setakat ini tidak ada masalah baginya membuat kerja rumah sebegitu. Malah dia sudah mula sayang dan selesa tinggal di situ.

Seluruh rumah sudah siap dikemas, tinggal lagi lantai di dapur yang belum selesai. Kamal menuruni tangga menuju ke ruang tamu. Sebagai seorang yang teliti dan sentiasa mahukan suasana yang kemas, dia amat berpuas hati dengan kerja Qaisara. Dia hanya mampu memuji dalam hati namun tidak pernah mengakuinya depan-depan.

"Abang, bangun... Saya dah siapkan sarapan di bawah," ujar Qaisara sambil mengetuk pintu bilik suaminya. Jam sudah menunjukkan 8.15 minit pagi. Tapi tidak kedengaran pula suaminya bangun untuk bersiap ke pejabat seperti selalu.

"Abang kerja ke tak? Saya kena ke pejabat ni. Kalau abang perlu apa-apa cakaplah cepat. Kalau tak nanti saya terlambat pula," tambah Qaisara lagi apabila tiada balas dari suaminya.

"Kau diam boleh tak? Bising je. Aku tahu la bila nak bangun!" jerit Kamal dari atas katilnya. Dia masih lagi mengantuk dan tubuhnya masih berbalut selimut. Geram betul bila ada yang mengganggu lenanya.

"Saya ni ingatkan abang je. Sebab dari subuh tadi tak bangun-bangun. Solat pun tak juga agaknya tu." Balas Qaisara menyindir.

Masih diam dari dalam bilik.

"Tak pe la kalau macam tu. Saya dah siapkan sarapan dan teh abang di bawah. Saya pergi kerja dulu," balas Qaisara.

"Aku tak nak makan sarapan kau tu. Entah apa kau letak dalam tu aku tak tahu. Kau boleh makan je. Aku tak mahu makan!" laung Kamal dari dalam bilik. Geram juga hati Qaisara bila niat mahu menolong dibalas dengan kata-kata yang menyakitkan hati.

"Astaghfirullah...Jangan nak merepek boleh tak? Saya tak pernah pun buat macam tu la dan tak pernah terfikir pun," Qaisara membungkam.

Teksi yang diminta Qaisara sebentar tadi sudah tiba dan membunyikan hon. Qaisara mahu membebel lebih panjang tapi dimatikan saja niatnya itu. Nanti terlabat pula dia ke pejabat kalau nak terus bergaduh dengan Kamal.

"Suka hati je nak tuduh aku letak bukan-bukan dalam makanan tu. Apa, ingat aku ni tak ada agama dan Tuhan? Dah sewel agaknya suami aku ni." Qaisara mengomel tanda bengang.

"Ergh! Menyakitkan hati betul!" tambah Qaisara lagi. Langkah dihayun laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience