Bab 31

Romance Completed 8982

BAB 31

Iqram duduk di dalam bilik. Tangan dia ralit mencari no telefon ibu nya.

Tut tut tut.

"Hello assalamualaikum ibu. Ni Iq ni. Ibu sehat ? Abah sehat ?"

"Ibu sehat lah Iq. Abah pun sama. Ni kamu dekat mana ? Taknak balik rumah ni ?"

Suara orang tuanya itu seakan akan rindu akan anaknya itu. Yelah, dari hari pernikahan sampai lah sekarang. Iqram tak penah lagi menjenguk ibunya. Malu menusuk dirinya.

"Ibu. Iq nak ajak ibu dengan abah datang kondo Iq. Ada benda nak Iq bincangkan."

"Apa yang nak dibincangkan Iq ? Ibu ada buat salah ke Iq ?"

Iqram tergelak di corong2 telefon itu.

"Why are you laughing my dear son ?"

"Ibu. You are too funny. Iq ajak makan lah dengan ada lah benda nak kita bincangkan. Ibu abah datang lah. Iq gerenti mesti ibu datang sini. Da taknak balik umah ibu balik. Iq jamin."

Iqram cakap dengan penuh keyakinan.

"Apa2 jelah. Nanti malam ibu abah datang. Kamu jangan takde pulak."

"Ye ibu. Iq mesti ada. Kan Iq yang jemput. Datang tau ibu."

"Yelah Iq. Okay ibu nak pegi keluar ni. Bye. Assalamualaikum."

Iqram menjawab salam lalu mematikan telefonnya.

~~~~~

Iqram keluar dari bilik, lalu mencari Rose. Ternyata Rose sedang masak makan tengahari. Untuk mereka bertiga. Bukan berdua ye. Ada mak cik midah yang uruskan bahagian kain. So tak datang kan maksiat.

"Sayang. Biy dah jemput ibu abah dah. So hope our plan berjaya."

Rose mengangguk lalu menyambung memotong sayur bayam itu. Dengan pantas.

"Nanti sayang call mama. Suru ajak along, kak sha dengan adik sekali. Pukul bape eh biy ?"

Rose bertanya meminta kepastian.

"Lepas isyak boleh lah datang."

Rose mengangguk.

~~~~~~

Pada malam itu, Rose memakai jubah dan setia lagi dengan furdahnya itu. Tetiba, kedengaran ketukan pintu. Dia segera mengemaskan dirinya lalu menyemburkan sedikit perfume.

Makan sudah siap dihidangkan oleh Mak Cik Midah. Iqram masih lagi di bilik. Entah mandi ke bersiap.

Rose segera ke pintu hadapan. Untuk menyambut keluarga nya atau bakal keluarga mertuanya. Ceh Rose. Poyo lahh.??

"Jemput masuk Dato Datin. Sekejap lagi saya panggilkan Encik Iqram."

Muka Datin Mariam pelik.

"Sekejap. Awak ni siapa ?"

Rose tersengih di balik furdah itu.

"Saya Mawar. Housemaid baru rumah ini."

Lagi berkerut dahi orang tua tu. Rose membiarkan. Dia segera mengetuk pintu bilik Iqram.

Iqram membuka.

"Ye sayang kenapa ?"

"Biy. Ibu abah dah sampai. Awak layan lah. Saya nak pegi tunggu mama semua. Awak ajak lah diorang ke meja makan dulu ye."

Iqram mengangguk. Lalu berjalan ke ruang tamu. Untuk menemui ibu abahnya.

"Assalamualaikum ibu abah. Da lama sampai ?"

Dia menyalam tangan kedua dua orang tuanya itu. Lalu mengambil tempat di sebelah ibu nya itu.

"Takde lah lama. Ni ibu nak tanya ni Iq. Kamu bila ada housemaid baru ? Ibu taktahu pun."

Iqram sedang berfungsi otaknya mencari akal.

"Baru 2 bulan. Menantu ibu tu lah yang nak sangat. Iq malas nak bertengkar dengan dia. Jadi biar lah dia buat apa dia nak."

"Sapa menantu ibu ? Ibu tak penah mengaku tu menantu ibu eh !"

Kata Ibunya itu membuatkan Iqram tergelak bersama abahnya.

"Awak ni Yam. Macam budak2 lah. Da kalau dia kawin dengan anak kita. Menantu kita lah jawabnya. Takkan menantu jiran kita pulak."

"Saya akan mengaku menantu saya bila, Una sahaja. Bukan orang lain."

Rose yang mendengar kata2 itu. Dia tersentuh. Rasanya mahu sahaja pergi sana. Peluk cium2 semua. Allahu

Rose yang berada di kerusi yang berdekatan dengan pintu depan itu berlari kecik apabila melihat mama sudah tiba.

"Apa kabar Rose ?"

"Kabar baik ma. Hai kak Sha. Mak buyung ni dah nak bersalin dah. Along how are you ? Adik makin encem."

Kata Rose sambil menahan sebak. Rindu dengan family kecik nya itu.

"Aku sehat je Ngah. Ni takkan nak borak dekat sini je ?"

"Jom lah masuk. Kita makan borak panjang lagi. Ibu abah pun ada."

Mereka masuk. Terserempak dengan Ibu Abah dan Iqram. Iqram bangun lalu bersalam.

"Mama sehat ?"

"Sehat je ni Iqram. Apa kabar Yam ?"

Mama pergi menyapa Datin Mariam.

"Sehat je ni. Kau buat apa dekat sini ? Iq jemput kau sekali ?"

Tanya Ibu dengan penuh rasa pelik dan bingung.

~~~~~~~

Kini, mereka sudah selesai makan.

Mereka semua berkumpul di ruang tamu. Iqram siap sedia mahu bercakap.

"Iq nak buat pengumuman ni. Sebenarnya gadis berfurdah itu Rose. Im sorry ibu abah. Sebab tak bagi tahu dari awal. N second, Iqram akan ke mahkamah besok sebab nak failkan penceraian Iq dengan Nesha."

"Tapi.. Kamu tak takut ke Iq ? Kalau dia apa2 kan kamu ? Dia boleh buat lagi kejam dari ni Iq ? Fikir masak2. Ibu taknak ilang Iq lagi."

Iqram mengeleng kepala. Kini, Rose berada di sebelah Ibu Mariam.

"Ibu. Ibu tak perlu risau. Kita orang ada bukti. Nak masuk kan dia dalam penjara. Atas kesalahan yang berat."

Iqram buat kali keduanya memasang cd itu. Lalu ditonton beramai ramai. Memasing semua terkejut. Tidak sangka selicik itu Nesha.

"Ya Allah anak aku."

Ayat itu terkeluar dari mulut mama. Rose terkejut. Apa dia salah dengar.

"Apa mama cakap ? Anak ?"

Mama nya mengangguk.

"Rose.. memang betul dia anak mama. Dia kakak kandung Rose."

Rose pelik.

"Apa ni ma ? Sejak bila Rose ada kakak lagi ? Rose tahu kakak Rose dah takde. Rose tahu tu ma. Ma please jangan nak tipu."

"Mama tak tipu lah Ngah."

Kini Along menyampuk.

"What do mean Along ?"

"First Along nak cakap. Sorry. Along dan mama. Serta Arwah papa. Bukan sengaja taknak beritahu Rose. Tapi Dulu Rose kecik. Rose takkan faham."

"So now, im mature girl. Tell me what's going on now, Along ?"

Kata Rose marah terhadap Alongnya itu.

"Sayang. Jangan marah Along dengan Mama. Diaorang tak salah. Diaorang just keep it. Bukan taknak beritahu langsung."

"Awak pun tahu biy ? Awak pun tahu ke biy ?"

Iqram mengangguk.

"How's stupid im ? Boleh tak perasan. Pandai mama keep secret. Sampai dia nak hancurkan hidup adik dia sendiri. Mama biarkan. How come ma ?"

Rose marah sambil air matanya mengalir deras. Ibu disebelah Rose hanya mampu menenangkannya sahaja.

"Rose tak tahu cerita sebenarnya Rose. Please lah dengar Along cakap ni."

Rose mengelap air matanya.

"Sebenarnya. Dulu, nama dia Rozita Arjuna. Tapi, sejak dia dimasukkan ke asrama atas sebab papa sebok. Lepas uh, mama takde masa untuk dia. Jadi papa, pun buat keputusan nak masukkan dia ke sana. Tak sampai bape bulan, pihak sekolah beritahu yang dia ditangkap basah dengan seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya yang baru je kenal di laman sosial. Jadi papa marah. Sampai lah Rozita tu keluar dari rumah. Papa tak mengaku dia tu anak papa lagi. Sejak dia keluar dari situ...... "

Along meneruskan lagi cerita itu. Mereka semua asyik mendengar.

~~~~~~

"Macam tu lah. Bukan Along mama semua nak keep macam tu. Kita orang nak tunggu masa yang tepat je."

Rose mengangguk. Lalu dia memeluk mamanya.

"Jadi, macam mana Rose ? Da lega ?"

"Im okay. Kes ini akan Rose dan Iqram bawa ke mahkamah dan laporkan ke balai polis."

Semua mengangguk.

Rose tersenyum. Lalu berkata dalam hati.

"Hanya beberapa minit, engkau telah datang kan kembali rasa sayang ku kepada mereka kembali. Aku rindu mereka Ya Allah. Terima kasih kerana engkau mendengar doa permintaan hambamu ini. Sesungguhnya engkau maha pemurah lagi maha penyayang.’’

"Kak. Jom lah amek gambar."

Diakhirkan malam itu, dengan kenangan bergambar bersama. Rose kini ikut mama pulang ke rumah. Tidak lagi menjadi HOUSEMAID lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience