Bab 17

Romance Completed 8955

BAB 17

Lepas sudah 3 hari berada di Pulau Rawa, konon bercuti tenangkan fikiran --" mereka berdua mengambil keputusan untuk kembali ke KL.

Lagipun, Rose mesti hadirkan diri besok ke Kolej. Kerana ada presentation yang hendak dibuat oleh nya. Iqram pula sudah mahu kembali menjalankan tugas nya berkhidmat sebagai doktor.

"So lets go."

Rose meloloskan dirinya ke dalam kereta Iqram. Mereka meneruskan perjalanan.

Nasib baik lah Rose ni jenis tak tidur dalam kereta. Senang lah nak Borak-borak bila boring.

Disebabkan oleh mereka sekeluarga penah sesat jalan. Jalan mati ke tempat perkuburan. Sapa je tak takut ? Sejak daripada itu, mata dia akan tetap segar walaupun mata nya mahu terlelap.

~~~~~~~~

"Boleh saya bercakap dengan Puan Khadijah ?"

Puan Khadijah dalam talian itu seperti tidak bermaya. Kerana terlalu memikirkan anaknya itu. Tambahan pula, bukan itu sahaja yang perlu ditanggungnya. Malahan, 6 orang lagi adik2 kepada Shida perlukan sokongan dari mak dan bapa dia orang.

"Ni saya bercakap. Ni sapa eh ?"

Dengan suara yang serak2 basah di hening pagi itu lagi, pihak polis sudah menelefon nya.

"Ok. Saya nak beritahu akan kes anak puan iaitu Cik Shida Binti Mastur. Kami harap puan dapat datang ke balai bagi kami senang menerangkan tentang punca2 kes anak puan ini."

Terang Inspektor Rafi yang mengendalikan kes ini bersama2 pihak ahli forensik bagi menjejaki punca kejadian ini.

"In shaa Allah tuan. Kalau tak ada apa2 yang menghalang saya. Saya akan datang ke sana lebih kurang 1 jam dari sekarang.

~~~~~~~~

Kini Puan Khadijah dan Encik Mastur sudah tiba di balai polis. Nasib jalan hari ini di KL kurang sesak. Cepat sikit tiba di sini.

Mereka diminta menunggu akan ketibaan Inspektor Rafi. Kerana beliau sedang bermesyuarat dengan pihak atasan.

Tidak sampai 10 minit, mereka berdua dipanggil masuk kedalam bilik pejabat Inspektor Rafi. Kelihatan di dalam bilik itu, bukan sahaja beliau seorang tetapi, ada juga dua orang lelaki yang berpakaian seperti biasa.

Jangkaan nya mungkin lelaki berdua itu ialah detektif. Yang turut mengendalikan kes anak mereka ini.

"Ohh Puan Khadijah dan Encik Mastur. Silakan duduk. Saya minta maaf atas kelewatan saya ini. Tak dijangka ada meeting dengan pihak atasan."

Nasib minta maaf atas kesilapan nya. Kalau tak ada yang kena pelangkong. Nampak Inspektor ni macam muda, hahaha. Sis pula yang shock.

"Tak pe Inspektor. Kami pun baru sampai."

Beliau senyum ke arah orang tua di hadapannya itu. Dia terus memberikan arahan kepada anak buahnya itu.

"Zaim, kamu dan Daus tolong siapkan rakaman yang semalam kita tengok tu. Nanti saya akan datang dalam 10 minit lagi ke bilik itu."

Mereka mengangguk lalu berlalu pergi.

"Baik Tuan."

Mereka berdua keluar dari bilik itu. Menuju ke bilik yang menempatkan rakaman cctv yang ingin ditunjukkan kepada ibu bapa Shida.

"Macam mana keadaan Shida ? Da sedar ke Puan ?"

Rafi beramah mesra dengan mereka sebelum pergi ke bilik sebelah.

"Macam yang Inspektor tengok lah. Sampai sekarang dia tak sedarkan diri. Saya pun berharap sangat orang yang membuat aniaya kepada anak saya segera ditangkap."

Rafi hanya mampu melihat kasih sayang seorang emak kepada seorang anak yang cukup disayangi oleh sang ibu nya.

Tetapi, tak dapat dipastikan lagi jikalau mak dan ayah Shida melihat hasil rakaman cctv tersebut. Mungkin akan membiarkan anaknya. Dan tak ambil peduli.

"Oh ya, jom kita pergi bilik sebelah. Anak buah saya da panggil da ni. Harap tuan puan bersabar."

Puan Khadijah pelik dengan perkataan "bersabar" ? Apa yang berlaku dalam rakaman tersebut ? Apa yang membuatkan anak nya lebam2 sehingga mendapat penyakit yang serius iaitu HIV stage 3.

~~~~~~~

Masuk sahaja dalam bilik tersebut. Terdapat satu layar besar, yang mungkin akan memaparkan hasil rakaman itu.

Rafi menyuruh Zaim memainkan video itu. Zaim menuruti perintah. Khadijah dan Mastur hanya duduk diam, dan tak sabar mahu mengetahui siapa pelaku ke atas derita yang diterima oleh anaknya itu.

Mula2 memainkan video itu, Shida kelihatan sedang menunggu seseorang dalam bilik hotelnya. Sambil itu, dia membaca majalah.

Tetiba, ada ketukan yang bertalu2 pada pintu bilik hotelnya. Dia segera melihatkan majalah itu, dan berlari2 anak ke arah pintu itu.

Tetiba, kelihatan Shida megundurkan diri ke belakang. Dalam 5 orang lelaki yang sasa berada di hadapan Shida.

Kelihatan Shida panik, dan ada seorang lelaki keluar dari bilik airnya. Sambil memegang batang paip.

Shida diheret ke arah ruang tamu bilik itu, kemudian dia dibantai, ditampar dan ditumbuk bertalu2 di muka. Serta anggota badan yang lain. Dia tidak mampu untuk bangun mempertahankan dirinya.

Mana mampu, 6 orang lelaki lawan seorang perempuan. Lain lah Shida ada black belt. Berlumuran darah di badan Shida, tak bermaya.

Sebelum, lelaki2 itu semua keluar. Salah seorang dari mereka bersuara.

"Senang2 kau perempuan. Gunakan aku. Kau pikir aku sapa ? Aku da pasang spy. Ikut ke mana kau pergi. Macam ni kau nak jadi pedamping hidup aku buat selamanya. Pergi mampus lah. Perempuan tak sedar diuntung. Aku ingat kau setia, ini apa kau buat ? Kau main kayu tiga belakang aku. Aku SUAMI kau tahu tak ? Mulai dari hari ini, aku ceraikan kau talak tiga. Kau dengar tak ?"

Terjengil biji mata Puan Khadijah. Pelbagai soalan yang berlegar2 di minda nya.

Sejak bila dia kawin ? Dekat mana ? Da bape tahun ? Sapa walinya ?

Rafi menyuruh anak buahnya mematikan tayangan tersebut. Mereka mematikan.

"Jadi, lelaki yang tadi pakai baju warna biru itu adakah menantu Puan ?"

Mereka berdua mengelengkan kepala. Rafi pelik. Kalau bukan menantu, habis itu siapa ?

"Habis Puan tak kenal ?"

"Makcik tak kenal Tuan, saya tak pernah tahu yang anak saya itu da kawin. Tetapi, makcik adalah nampak perubahan yang dilanda oleh anak makcik. Dia da lama juga tak pulang ke rumah."

Rafi mengangguk sambil mencatat semua perbualan dia bersama mak dan bapa Shida. Kini, mak dan bapa Shida memberikan keterangan tentang Shida.

"Okay. Terima kasih kerana sudi datang dan memberikan keterangan. Harap ia berguna dan dapat mempercepatkan lagi hasil siasatan ini."

Rafi mengucapkan kata2 tersebut kepada Puan Khadijah dan Tuan Mastur. Mereka hanya mampu mengeluh dan tidak bermaya untuk berhadapan dengan semua orang.

Mereka keluar dari Balai Polis dengan langkah kaki yang tidak kukuh. Seperti ada batu sebesar rumah menghempap kepala mereka.

Hati ibu bapa mana yang tak kecewa bila anaknya melakukan perkara ini.

Kawin tak cakap ? Lakukan hubungan tak berada di luar fikiran ? Hidap HIV ?

Pelbagai benda yang menimpa mereka sekeluarga. Ya Allah, kau permudahkan segala urusan ku Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience