Bab 15

Romance Completed 8955

BAB 15

Muka Rose monyok.

"Alah. Jangan la macam ni sayang. Kita gerak balik sekarang jom."

"Mmm. Biy awak balik jelah. Sayang duduk sini. Macam best saje."

"Are you sure sayang ? Okay. Biy promise, after 2 days biy datang sini amek sayang. So how about your clothes and other things ?"

"Takpe lah biy. Awak pegi je. Jalankan tugas, ramai pesakit dekat sana tunggu awak. Pasal baju saya boleh beli sendiri. Saya naik van pelancong. Awak jangan risau ye biy."

Iqram mengeluarkan dompet dia yang berada di poket seluarnya. Lalu menghulurkan not 50 ringgit 4 keping.

"Okay. Amek ni guna untuk keperluan sayang dekat sini."

"Ya Allah. Takpelah biy. Saya kan ade duit. Nanti saya cucuk duit dekat bank. Lepas tu, saya boleh je guna."

Rose menolak pemberian Iqram. Sebenarnya dia tidak mahu menyusahkan Iqram.

"Amek je lah sayang."

Kata Iqram sambil meletakkan duit itu di telapak tangan Rose. Apa kan daya, hamek jelah.

"Okay. Saya accept eh. Ikhlas eh ? Tak minta balik kan ?"

Iqram menggeleng.

"Okay. Nanti malam biy call. Sayang masuk bilik. Ni da nak petang. Malam ni kalau larat baru keluar. Meyh biy antarkan."

"Jom."

~~~~~~

Sesampai sahaja di depan bilik chalet, Iqram seperti tidak sampai hati mahu meninggalkan kesayangannya di situ seorang diri.

Tetapi sudah Rose berkata sebegitu, Iqram tidak mampu berkata lebih. Hanya mampu menurut dan menanggung rindu.

"Ingat. Jaga diri, jaga perlakuan awak tu sayang. Anything just call me. Biy janji 2 hari lagi biy datang sini balik."

"Its okay la Doktor Iqram. Saya Rose Arjuna dah biasa dah kena tinggal seorang diri. Nanti pandai2 lah saya cari mat saleh. Nak bawak saya pegi pulau depan tu nanti."

Rose ada sahaja rencana mahu mengenakan Iqram. Dahi Iqram kelihatan berkerut 3 lapis, dah boleh buat kuih lapis dah.

"Aikk. Aku ada dekat depan kau lagi dah ada niat eh ? Sampai hati kau."

Iqram sengaja menggunakan kau - aku. Pikir Rose akan memujuk nya malahan Rose lagi mengusiknya lagi.

"Xpelah. Mat Saleh semua tu hensem. Kau pegi lah cari minah2 seksi dekat KL tu. Aku tak kesah lah."

Rose memang sengaja mahu menaik kan amarah Iqram, tetapi tidak berjaya. Apabila....

"Im gonna miss you biy."

Apabila, dia sendiri melontarkan kata2 manis merupakan rindu kepada Iqram. Iqram tahu apabila Rose sudah tiada idea mahu mendebat. Dia sendiri akan mengalah. Itu lah Rose Arjuna.

"Eleh, gonna miss you too sayang. Okay. Bye. Biy pegi dulu ye. Assalamualaikum."

Rose melihat Iqram sahaja berjalan sehingga lah kelibat bayang2 buah hatinya itu tiada.

~~~~~~~

Sampai sahaja di Hospital, Iqram terus berjumpa dengan Sister Sham kerana tadi dia yang menghubungi nya semasa di Pulau tadi.

"Hah kak sham, bagi saya details about patients. Nanti bawakkan saya 3 nurse bagi membantu saya mengendalikan nya.

"Baik doktor."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience