Bab 5

Romance Completed 8955

BAB 5

Keadaan di wad Rose begitu sunyi. Hanya dengkuran kecil milik suaranya sahaja yang didengari. Malam ni, Along volunteer dirinya untuk menjaga adiknya itu.

Mama dan papanya hanya membenarkan. Mereka pun sudah tua, kang nak baring dekat sofa pun bangun2 badan sakit.

Baik tidur dekat rumah, lagi selesa. Biar Along yang menjaga makan, pakai adiknya itu.

Sekitar pukul 5 pagi, adiknya itu meracau racau memanggil nama mama nya.

"Mama.... mama."

Along cuba menenangkan Rose tetapi tidak menjadi kerana Rose semakin kuat begerak. Hati gelisah terus menekan button merah untuk kecemasan.

"Kenapa ni encik.?"

Iqram masuk untuk menjenguk keadaan Rose, kerana tadi Rayyan menekan button itu.

Rayyan hanya menggelengkan kepalanya, apabila Iqram menanyakan soalan itu.

"Sebaiknya, encik keluar dahulu. Biar saya periksa dia. Nanti saya inform encik di luar."

Rayyan hanya mengangguk. Hanya mampu berdoa sahaja. Tidak mampu duduk diam. Ke hulu ke hilir sahaja.

Sampai orang sekeliling memandangnya pelik. Rayyan tidak memperdulikan. Adik kot sakit dekat dalam tak akan nak duduk diam. Mesti lah risau. Kalau tak risau, tu bukannya manusia.

~~~~~~~

Di dalam wad, Iqram memeriksa Rose. Tetiba Rose menyedarkan diri semasa Iqram sedang memeriksa denyutan nadinya.

"Awak buat apa dekat sini ?"

Iqram diam, tetapi hanya menunjukkan nametag dia yang tertulis nama "Dr.Iqram".

"Awak yang rawat saya ke semalam ?"

"Ye Cik Rose Arjuna, saya yang rawat awak. Now, please im begging you dear. Please dont ever talk so much. Awak tu baru sedar. Nanti tak pasal2 kena admit lagi one week. So better keep quiet, if I asking you. Baru awak jawab ye."

Rose hanya senyum. Ya, memang dia ni memang tak reti nak diam. Macam da sihat sepenuhnya, padahal baru sedar tu.

Cakap tak ingat dunia. Cakap, cakap dan cakap je. Ish Rose, Rose.

Mahu sahaja Iqram keluar, Rose memanggil Iqram.

"Awak !"

Iqram menoleh.

"Ye kenapa sakit ke ?"

Tanya Iqram prihatinnya.

"No, saya nak tanya. Awak kan doktor. Then kenapa haritu masa saya langgar awak. Awak tak cakap yang awak doktor."

Tanya Rose kerana Iqram tidak pernah memberitahu Rose tentang dirinya. Iqram hanya memberitahu nama penuhnya, nombor telefon. Dan rumah yang didudukinya sekarang.

Tidak seperti bekas kekasihnya yang dahulu. Belum orang tanya dah belagak kenalkan diri.

"Awak tak tanya ? N saya taknak lah bebankan fikiran awak dengan memori tentang saya. Saya tak perlu tu semua. Janji awak tahu nama saya, rumah saya nn no fon saya sudah la. Nak lebih lebih baik awak jadi je bini saya. Dapat tahu luar dalam."

Kata Iqram ketawa dengan kata2 yang terakhirnya itu. Muka Rose sudah blushing.

"Aikk, da blushing ke ?"

Rose gelabah. Dan berkata dalam hati..

"Tak pernah lagi lelaki buat dia tak duduk senang. Buat dia blushing macam ni. Ya Allah, apakah ini jodoh ?"

"Hello ?"

Tangan Iqram melambaikan lambaikan di hadapan muka Rose. Ternyata bukan berkata di dalam hati sahaja tetapi jugak mengelamun. Menyempat je Rose ni.

"Arr, sorry."

"Okay la, saya tak boleh lama ni. Saya nak jenguk pesakit bilik sebelah. Awak cepat sembuh, ni baru pukul 5:30 pagi. Awak nanti jangan lupa solat. Nanti pukul 8 saya datang balik. Nak check awak. Awak jangan nakal2 nak lari. Kang saya gigit awak kang."

Kata Iqram sambil tergelak. Rose yang mendengar jugak tertawa.

"Baik Doktor Iqram, saya Rose Arjuna menjunjung perintah."

Kata Rose sambil membuat tabik hormat ke arah Iqram. Auch, so cute. Iqram tolong sabar eh. Jangan tergoda dengan senyuman dia.

~~~~~~~

Di luar bilik itu, kelihatan mulut Rayyan sedang terkumat kamit mengalunkan surah yassin untuk adiknya itu

Walaupun, Rayyan sudah lama tidak berada di Malaysia. Itu tidak menghalang untuk dia bersolat, membaca al - Quran dan sebahagian yang lain.

Ada pernah sekali, sedang dia solat. Kawan dia di sana yang memang asalnya lahir di Australia. Melihat Rayyan solat, dia jugak turut menghormati Rayyan dengan memperlahankan langkahnya untuk memasuki rumahnya itu. Memang Rayyan selalu solat di berdekatan dengan balkoni supaya dia lebih tenang. Dengan hirupan angin dan udara yang sejuk dan segar.

"Hah dok macam mana dengan dia ?"

"Oh Cik Rose sudah sedar. Tadi mungkin dia rindukan mak dia. Tu yang meracau. Btw, encik siapa. Ahli keluarga terdekat Cik Rose ke ?"

Tanya Iqram tiba tiba.

"Ohh, lupa. Nama saya Rayyan Arjuna. Abang kepada Rose Arjuna."

Iqram hanya mengangguk.

"Naseb baik Abang, kalau Boyfrenz melepas la kau Iqram."

Kata Iqram di dalam hati. Nak jugak. Ingat tak nak. Choii !!!

~~~~~~~

"Orang tak nak lah orang cakap tak nak tak nak la. Jangan paksa orang boleh tak ?"

Rose menolak suapan dari Along nya itu dengan kasar. Tetiba, Iqram datang seperti yang dijanjikan untuk memeriksa keadaan Rose.

"Its okay Encik Rayyan, I can handle it."

Iqram mengarahkan Rayyan keluar dari bilik itu. Biar kan Iqram sahaja pujuk Rose. Mana tahu terkelu lidah Rose untuk tidak melawan cakapnya.

"Awak kenapa tak makan ? Cam mana nak baik kalau makan pon tak nak lg kan makan ubat. Nanti luka awak makin melarat. ‘’Hah, tengok la tu orang cakap dia dok belek2 rambut dia. Potong karang."

Rose masih membelek rambut nya. Tanpa disedari oleh Iqram, mangkuk yang tadi di atas meja kini berada di atas tangan Rose sebelah kiri. Sambil menghulurkan kepada Iqram untuk menyuapkan dia.

"Awak, boleh tolong tak ? Tolong suapkan saya."

"Ohh, anything for you dear Rose. Kesian dia tangan patah."

"Yelah, kita da tak cantik."

"Sapa cakap awak tak cantik ?"

"Saya lah."

"Awak yang cakap kan, saya tak cakap pon yang awak tak cantik. Awak macam ni lagi nampak natural Rose Arjuna. I like it."

"Arrr, dia puji aku la siot. Arrrr, melting la siak. Iqram kenapa la kau selalu sangat buat aku rasa nak je peluk kau."

Kata Rose berbisik dengan hati kecil nya. Tak sangka, yang ini last suapan.

"Okay ni last eh. Lepas ni makan ubat. Jangan la buat orang sekeliling awak risau. Nanti dia sakit macam awak jugak. Awak kena la paham perasaan dyorg tau. Awak kalau ada pape, call je saya. Awak ada kan no fon saya."

Rose mengangguk.

"Macam mana saya nak faham dia orang, sedangkan dia orang yang timbul kan masalah."

Kata-kata itu memberhentikan langkah kaki Iqram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience