Bab 7

Romance Completed 8955

BAB 7

Iqram datang membawa berita yang mengembirakan Rose.

"Arini awak da bole keluar. Tapi appoiment awak dengan pakar tangan jgn lupa. Kena ontime pegi. Jgn malas. Ubat makan.

"Saya da sehat."

"Ehh ehh, sapa benarkan awak makan coklat. Apa yg manis-manis semua awak jgn sentuh makan semua ehh. Karang sakit lg melarat. Cer la faham cik Rose."

"Yela yela. Asyik bebel je. Macam mak nenek tahu tak.? Macam mana la bini awak nnt. Konfem kene sediakan seguni kapas. Sebab nak tutup telinga dari dengar bebelan awak tu."

Muka Iqram pelik. Topik bakal bini pula dia cakap.

"Sapa yang jadi bini saya lg bagus. Tak de la sakit selalu. Sebab saya yg selalu rawat dia. Takde bacteria kuman yg hingap pon."

Hamek kau, dia pun melayan kan jugak peragai si Rose. Lg naik tocang la si Rose uh.

Tetiba, pintu bilik sakit Rose dibukak. Serta merta perbualan Rose dan Iqram terhenti.

"Mama papa. Orang nak keluar baru dia datang. Sampai hati. Btw, Along, Adik mana ?

Cakap Rose sambil menyalami tangan kedua-dua ibu bapanya. Iqram sudah meminta izin untuk keluar. Biar la mereka sekeluarga berbual-bual.

"Aik Along tak bagitahu kamu ke ? Kan dia nak tunang da. Ni sekarang dia tengah tempah bj tunang diaorang."

Rose mendengar cukup excited plus kecewa sedikit. Excited because adalah partner berborak bergosip. Kecewa sebab da tak dapat nk bermanja dengan Along nya.

"Tak de pun. Tak pe la nnt petang orang kan balek. Nnt dekat umh dia explain la uh."

Rose bercakap untuk menyedapkan hatinya yang kecewa sebab abangnya tidak bilang apa apa pun tentang pertunangan itu.

"Mama tolong kemaskan barang kamu ni. Kamu dengan papa pergi uruskan hal nak keluar ni."

Mereka dua beranak keluar. Tinggal mama sahaja yang sedang bersihkan katil dan kemaskan barang Rose.

~~~~~~~

Sesampai sahaja di rumah agam milik Dato Rezza. Rose terus menekan lift untuk ke tingkat 3 yang menempatkan kamar biliknya dan Alongnya serta Adiknya Razif.

Main terjah sahaja bilik Alongnya itu.

"Astagfirulallah Ngah, terkejut Aku la. Kau ni memang la."

"Along, kau nak tunang eh ?"

Suasana yang tadi mengejutkan kini bertukar menjadi suram. Rayyan menganggukkan kepalanya.

"Lepas ni takde la orang aku nak boxing, nak merajuk. Hmmmm, sapa bakal kakak ipar aku ?"

"Kau jgn la cmni Ngah, kau kalau dapat tahu konfem happy la."

Muka Rose sudah bertukar excited. Ingin tahu sapa bakal kakak ipar nya.

"Kau ingd lg tak Waida Arrysha ?"

"Ehh giler apa aku tak kenal. Tu kan kakak angkat aku masih sekola menengah dulu. Yang dulu kau syok giler tu kan Long ?"

Along mengangguk.

"Tu la bakal kakak ipar kau !"

"Hah what biar betik kau Long ? Hah, kalau dia tak yah interview. Aku da kenal sgd dia. Ya Allah, kau jumpa dia dekat mana ? Bukan kita da lama tak jumpa dia ke ?"

"Aku jumpa dia masih dekat Australia la. Rupanya dia pun sambong belajar dekat sana. Tapi lain course. Dekat situ la aku mula kenal dia lebih dalam. So aku da amek keputusan nak kawen dengan dia. Buat lama2 kawan tak best, tak syok. Semua kena kontrol."

"Muka cm kau ni pun Long ada orang nak ehh ? Naseb la kak Sha. Btw, Aritu kan masa org nmpk kau dgn dia dekat Mall kenapa muka dia lain ?"

"Ohh, mana ada lain. Muka dia maybe nampak matang. Sebab cuaca dekat sana kan lain macam Malaysia. Lg satu, dia ajak kau keluar nnt besok dengan kteorg. Kau free kan besok ?"

"Ehh ofkos free, untuk bakal kakak ipar. mesti free punye. Lgpon aku bkn patah kaki, aku patah tgn je kot. Masih lg boleh jalan."

Kata Rose membela dirinya sendiri. Nak jugak backup. Ishh, macam2 la dia ni.

"Okay, besok jam 12 tepat ada dekat depan kereta Honda Civic aku. Kalau lambat, tinggal !"

Rose membuat reaksi yang takut akan amaran abangnya itu.

~~~~~~~

Sedang Rose bosan, dia mendapat idea mahu berskype dengan si Iqram. Tadi petang, Iqram bilang yang dia akan ke Kota Kinabalu. Ada kerja dekat hospital sana. Mungkin sekarang sudah sampai la kot. Bermalam di Hotel maybe.

Lalu keluar muka Iqram disitu.

"Hey awak !"

"Hey Rose ! Kenapa skype ni ? Tak penah2 skype dengan saya. Alih2 skype ni. Rindu ehh ?"

Rose tetiba batuk bila terdengar perkataan "rindu". Rose rindu ? Memey la dia rindu. Pujangga hati tu kot.

"Takde la. Cuma bosan je."

"Ishh, awak ni. Muka saya ni mmg khas utk lepaskan kebosanan awak ehh ?"

Muka Iqram sudah macam merajuk.

"Alololo, bukan macam tu la. Ye laa, saya rindu awak encik Iqram. Puas hati ??"

Iqram yang mendengar kini sudah hilang rajuknya malahan tersenyum lebar. Masalahnya sekarang, pipi Rose nya yang sekarang berona kemerahan. Almaklum la, muka putih.

"Memang puasssss hati sangatttt. Saya pun sebenarnya rindukan awak cik Coklat. Dekat sini tak best la."

Lagi bertambah la kemerahan pipi Rose tu.

"Sapa suru pegi sana ? Padan muka awak."

"Da orang atasan suru pegi, saya pegi jelah."

Rose membuat muka yang pura2 memahami.

"Okay la Rose. Saya nak off da ni. Saya ngantuk. Nanti dalam 3 atau 4 hari lagi. Saya baru balek. Bye. Assalamualaikum."

Rose hanya mengangguk. Lalu menjawab salam hanya perlahan sahaja. Hati nya mula terbit lagi rasa rindu terhadap Iqram. Entah kenapa, padahal dahulu Alongnya pegi oversea tidak lah sampai rindu namatey. Ni Iqram yang takde pertalian apa apa dengan dia boleh rasa rindu tu kuat giler.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience