Bab 2

Romance Completed 8955

BAB 2

Balik sahaja dari menghantar Iqram pulang. Muka nya asyik tersenyum senyum sahaja..

"Hai anak mama sorang ni da kenapa. Angau ke ? Semacam je senyum. Iwan da lamar ke?"

Muka Rose terus berubah apabila nama bekas kekasihnya itu disebut dengan panggilan manja iaitu "iwan".

"Mama bole tak jangan sebut laki uh lagi. Rose baru je putus dengan dia. Lelaki semua sama. Kerja nya nak kikis duit orang je."

"Ehhh, tak baik la kamu cakap macam tu"

"Mmm, takpe la ma. Ma lebih percaya dengan dia kan. Its up to u la ma"

"Tak. Bukan macam tu. Mama tengok baik je"

Rose membuad muka muak. Baik ?

"Dia baik ?? Minta minta dijauhkan la dari Rose. Tak nak la lelaki cam tu"

"Ish, apa la kamu ni Rose. Kang tak jauh, makin dekat ada la kang"

Rose membuad muka mengelikan.

"Ma, Rose naik atas dulu eh. Nanti makan lunch, Rose makan sesorang jela. Rose nak dating jap dekat atas"

"Yelah, jangan lelama sangad dating tu"

"Ya ma, tak lama. Dalam dua jam lagi Rose turun la"

Mama nya mengelengkan kepala.. sejurus masuk ke bilik nya. Dicapai tuala dan terus masuk ke dalam toilet.

Keluar dari toilet, terus dia menerpa boyfriend kesayangannya itu. Sudah lama tidak mengusik kekasihnya itu.

"Biy, sayang rindu biy"

Kata Rose sendiri kepada Gitar kesayangannya itu. Pemberian papa nya semasa ulang tahun kelahiran nya yang ke 7 tahun.

Mula dari hari itu, Rose mula belajar memetik gitar. Sampai la sekarang. Tetapi bila da masuk U, jarang sekali memetik gitar nya itu..

Gitar itu diberi nama "biy". Sweet kan. Macam orang kapel gitu.. huhuhu. Lantak la kau Rose nak letak nama pape. Janji kau suka.

Rose berjalan ke arah balkoni bilik nya itu, lalu duduk di atas kerusi malas nya warna pink itu.. lalu dia memetik gitar nya itu. Sambil menyanyi perlahan.

~~~~~~~~~~~

Percaya la ku setia Jangan penah ragu cinta ku Yang selalu memanggil namaku Di setiap detak jantungku..

Rose melayan petikkan gitarnya itu..

Hampa menguji jiwa Saat jauh dari kasihku Benar benar aku tak mampu Hidup tanpa ku memelukkanmu..

Melayan petikkan itu lagi sampai terlelap matanya.. tetapi masih menyanyi. Hanya bunyi gitar nya semakin kurang kedengaran..

Sa ?

Baru ingin menyambung lirik korus, tetiba dengar bunyi ketukan pintu bilik nya itu.. segera dia meletakkan gitar nya perlahan lahan. Dan berlari lari anak ke arah pintu.

Dipulasnya tombol pintu itu dengan tidak bermaya. Tersembul muka adik lelakinya.. yang masih bersekolah menengah di Tingkatan 5. Yang akan menduduki SPM.

"Kak, aku nak keluar ni. Papa dengan mama pon keluar jugak. Nak amek Along dekat airport"

Dengar nama "along". Terus Rose membeliakkan biji mata nya.

"Hey, arini bape ari bulan ?"

"28 !"

"Tipu la."

"Hah, tak caya kau g tengok fon kau."

Rose berlari lari anak ke arah katilnya yang menempatkan iphone 6s miliknya itu. Dislide screen henfon itu. Rose ni seorang yang pelupa, tu yang tak letak password.

Lalu Rose menjerit.. Adiknya berlari ke arahnya..

"Hah kenapa. Tak caya lagi arini 28 ?"

Rose pandang adiknya itu.

"Hish sebok la. Kau la ni tak ingd kan aku awal2. Kan aku da lupa.

"amboi, aku da beritahu malam tadi kan. Dekat meja makan. Kau yang lahap sangat makan sampai tak ingd."

"Arr, da la keluar kau. Aku nak tukar baju. Kau gthu mama aku lambat sikit."

Adiknya itu berjalan keluar sambil menutup pintu bilik kakaknya itu. Seorang lelaki bernama Razif Arjuna sudah lali dengar perangai pelupa Rose Arjuna..

Sesampai sahaja di KLIA. Rose berlari ke tempat ketibaan penumpang.. sambil memegang signbord yang tertulis :

WELCOME HOME ~~~~~~~~~~~~~~Rayyan Arjuna~~~~~~~~~~~~~~

Rose adalah orang yang paling excited. Al maklum la. Abang kesayangan dia tu sudah pulang ke Tanah Air. Dahulunya abangnya itu menetap dan belajar di Australia. Mengambil jurusan arkitek.. Itu pun atas pemintaan papanya. Kerana nanti boleh masuk ke Syarikat Arjuna Holding sebagai Arkitek pembangunan..

Korang mesti pelik kan ? Kenapa hujung pangkal nama mereka bertiga adik beradik ade "Arjuna". Itu kerana keturunan keluarga mereka ade "Arjuna". Disebabkan papa ini berdarah kacukan, Scotland+ Malaysia.. Nama papa pun ade Arjuna.. Rezza Malvine Arjuna.. itulah nama papa. Ade kacuk kacuk sikit nama dia..

"Abang......."

Jerit Rose, bila terlihat kelibat abangnya. Dari tadi bole Rayyan tak nampak bole pulak nampak mereka. Terus dia memeluk Rose dahulu. Kerana rindu dengan teddy bear dia tu. Mereka berdua memang close together.

"Angah, kau asal makin tembam?"

"Kuang ajo la kau long. Da duduk negara orang sikit pon tak nak buad skype dengan orang. Buad dengan mama je. Sampai hati kau."

Rose menarik muka.. 1001 teruk muka Rose. Kalau letak chipmang dengan Rose. Chipmang lagi comel.

"Alah, along bukan sengaja tak skype dengan kau. Along tahu. Kalau skype dengan kau mesti lama. Makan jam. Tu yang along skype dengan mama je. Kalau dengan mama. Mama ye kan je. Kalau dengan kau. Ade je nak balas la bebel la. So i choose mama."

Lagi la menyampah Rose. Dia cakap aku ni bebel ? How dare you along ?

"Da la mama, jom balik. Malas la nak layan orang yang tak ingad kita. Lebih baik tak yah sambut dia tadi. Lebih baik lagi tak payah datang."

Cakap Rose tak tengok kiri kanan. Main lepas je. Da marah memang macam tu la kan Rose. Sabar ye Rayyan dapat HADEK macam itu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience