Bab 29

Romance Completed 8955

BAB 29

Iqram menunjukkan seluruh ruang yang berada di dalam rumahnya itu. Tiba di hadapan bilik Iqram, mereka behenti.

"Besar jugak rumah ni eh, tak penah lak aku tahu yang iqram ada rumah kondo ni. Ish, patut lah kurus keding semacam. Rupanya, Nesha ni pemalas. Tak reti masak. Aihh. Kesian sayang tengok biy."

Kata Rose dalam hati sambil menatap muka Iqram di hadapannya.

"Okay. Awak faham tak Mawar ?"

Kata Iqram. Rose masih lagi berkhayal. Iqram menepuk tangan di hadapan mata Rose baru lah dia sedar.

"Maaf apa ye Encik ?"

"Tak. Ni saya tanya. Awak faham tak ?"

"Erkk. Faham faham. Kalau macam tu. Saya nak buat keje dulu boleh Encik Iqram ?"

Tanya Rose.

"Boleh. Tapi terlupa satu benda. Awak tak payah lah panggil saya Encik. Awak panggil saya Iqram. Iqram ye. Saya tak biasa lah awak panggil saya macam tu."

Rose menggangguk lalu meminta diri untuk ke dapur bagi melaksanakan duty dia yang pertama. Iaitu memasak.

~~~~~~

"Jemput makan Encik Iqram Puan Nesha. Harap maafkan saya sekiranya tak sedap masakannya."

Mereka berdua merasa masakan Rose. Sementara itu, Rose berdiri di antara penjuru meja makan itu.

"Hmm. Sedap. Boleh jadi chef awak. Teringat saya pada... takde apalah."

Rose tahu iqram mahu mengatakan bahawa macam dia yang masak. Tapi terkubur ayat iqram apabila, Nesha melihat ke arah nya.

Rose sengaja memasak lauk "Ayam masak kicap" kerana itu makanan kegemaran iqram.

~~~~~~~

"Sedap sayang masak ni. Untung biy. Kalau setiap hari sayang boleh masakan lauk ni. Tak payah makan lauk lain. Biy sanggup je makan lauk ni. Ibu pun tak pandai masak lauk kicap ni sesedap sayang masak."

"Arr. Menipu je biy. Nak amek hati sayang lah tu. Sayang tahu, sebenarnya tak sedap. Biy pura pura je kan. Nak sedapkan hati sayang.

"Betul sayang !"

"Yelah. Kalau sedap betul. Biy habiskan. Taknak ada satu pun kuah dekat situ. Ayam pun xnk ada. Yang penting clear lah."

Tak sampai 15 minit, Iqram sudah menghabiskan lauk itu. Tersenyum Rose melihat iqram gembira makan masakan dia itu.

"Oii. Mengelamun ke ? Aku cakap amekkan air masak."

Kata-kata Nesha menyentakkan lamunan Rose itu.

"Baik Puan."

Rose mengatur langkah ke dapur. Sambil dia menuang air ke dalam gelas. Dia terdengar Iqram bersuara.

"Kau ni memang tak de budi bahasa eh ? Cer lah cakap tu bertapis sikit. Kang tak pasal2, belum sehari lagi. Mawar tu keluar dari rumah. Kau ni cuba lah pikir perasaan orang."

Iqram memarahi Nesha. Nesha membuat dek. Sambil membidas kata2 Iqram.

"U marah i sebab perempuan tu ? Now, who's your wife ? Kenapa pulak u terlebih2 bela dia ? U ni memang tak reti jaga perasaan i kan ?"

Iqram memegang gelas yang berisikan air sirap itu dengan kemas.

"Aku da cakap dari dulu lagi. Aku tak akan pernah anggap kau tu wife aku. Kau yang pasang semua perangkap. Nak kenakan aku kan. Pikir aku ni bodoh ke ? Aku ni masih waras. Tapi, kalau kesabaran aku ni dah takde. Aku boleh je ceraikan kau. Biar kau duduk merempat. Jadi bini aku pun, kau bukan pun jalankan kerja kau sebagai seorang isteri. Keluar pagi. Balik tengah2 malam. Kau fikir lah ?"

Hamek kau Nesha, kan dah keluar ayat pedas Iqram tu. Iqram bangun.

Splash !

Gelas di tangan Iqram dicurahkan atas kepala Nesha. Meronta2 Nesha mengibas ngibas rambutnya itu.

Rose datang membawa air.

"Nah Puan."

"Kau ni pun satu. Bawak air pun lambat. Kau ni makan apa hah ? Buat kerja lambat. Aku tak faham lah. Tak pasal2 sebab kau. Aku kena macam ni. Ish."

"Hah lagi satu, kau tak payah lah nak rasa bunga2 sangat bila suami aku puji masakan kau. Aku masak lagi sedap lah. Kau faham tak ?"

Panas je hati Rose. Nesha bangun pergi ke biliknya.

"Padan muka. Kau cari pasal. Lepas tu, kau yang marah aku. Memang tak arr aku nak minta maaf dekat kau."

Kata Rose dalam hati.

~~~~~~~~~

Sebulan kemudian.

Rose masih melaksanakan tugasnya sebagai housemaid. Selama sebulan yang lepas, dia hanya melakukan kerja seperti seorang tukang gaji. Belum melaksanakan lagi mission nya.

Pagi ini, tinggal Rose seorang di kondo itu. Dia ingin mula mencari bahan bukti. Yang Iqram tidak bersalah.

Mula mula, dia ke kamar Iqram. Tersentuh hatinya, apabila melihat seluruh dinding di bilik Iqram itu. Ada potret gambar2 dan lukisan yang berwajahkan Rose.

Tetapi, Rose tertarik dengan satu gambar. Iaitu ketika kali pertama dia menyarungkan baju kurung dan tudung pertama nya di taman. Gambar itu di candid habis oleh Iqram. Menampakkan Rose lagi ayu. Tidak tahu, bila dan bagaimana Iqram sempat merakamkan detik2 yang begitu indah itu.

Dia datang dekat ke arah gambar itu. Lalu dia usap, sambil berkata..

"Saya rindu kenangan kita. Bila kita boleh jadi macam dulu. Saya rindu sangat2."

Tanpa disedari, air mata menitis.

Di terpanah ke arah laptop milik Iqram. Dia membuka laptop itu. Wallpaper itu berlatarkan gambar Iqram dan Rose semasa hari perkhawinan Along dan Kak Sha semasa di atas pelamin.

Rose tidak melihat itu sahaja. Dia ternampak satu video yang tertulis "mymomentswithyou". Rose membuka. Video yang berlatar belakangkan lagu "onecallaway" itu mengingatkan lagi memori mereka bersama2.

Rose segera lock out laptop itu. Dia kemas2. Tidak mahu satu apa pun bukti bahawa dia mencerobohi laptop Iqram. Segera dia keluar, menuju ke kamar Nesha.

Dia menyelongkar semua tempat. Hati dia terdetik ke arah laci. Tetapi, pandai si Nesha ni. Dia pegi letak password.

Tekan punya tekan masih tak dapat. Tekan punye tekan lagi pun masih sama. Naik lenguh tangan Rose dibuatnya. Menyusahkan lah letak no pin.

"Ishh. Licik betul lah kau ni Nesha."

Rose masih lagi setia mencari jawapan untuk no pin itu. Tetapi, tangan dia terbehenti apabila pintu rumah itu diketuk. Dia segera keluar dari tempat itu.

Berlari anak ke muka pintu rumah itu, rupanya hanyalah pos laju yang ingin menghantar barang di atas nama Nesha.

Aku menandatangankan surat penyerahan barang itu. Lalu, aku mengambil barang itu dan meletakkan di atas meja makan.

Tak sampai 1 minit, aku mahu melangkah kembali ke ruang tamu. Ada lagi ketukan pintu yang sangat kuat lagi bertalu talu.

"Ye sabar."

Jerit Rose dari dalam.

"Ish tak menyabar lahh. Sapa lah orang tak faham bahasa ni ?"

Dia buka sahaja pintu, ternampak muka mabuk milik Nesha. Dengan lipstick comot, rambut kusut masai, baju tak terurus. Lalu dia rebah di hadapan pintu rumah itu.

"Puan. Bangun Puan."

Rose menepuk nepuk pipi milik Nesha itu.

"Encik. Tolong saya bawak kan majikan saya ni masuk ke dalam rumah boleh ?"

Tanya Rose sopan dengan pak guard yang sedang meronda ronda di sekitar situ.

"Baik Puan."

Setelah selesai meletakkan Nesha di atas sofa, Rose segera menelefon Iqram menggunakan telefon rumah. Kalau guna telefon dia, konfem lah kantoi.

"Assalamualaikum Encik Iqram."

"Waalaikumussalam ye Mawar. Kenapa call Iqram ni ? Barang dapur kurang ye ?"

Tanya Iqram lembut. Tersentuh hati Rose.

"Tak bukan macam tu. Saya nak beritahu yang Puan Nesha. Tadi dia balik dengan mabuk. Tu yang saya nak beritahu Encik. Sebab saya tak tahu nak buat macam mana ?"

Rose sudah mendengar keluhan milik Iqram di corong2 telefon itu.

"Hm. Nanti lah saya balik. Saya banyak kerja ni."

Iqram mencari pelbagai alasan.

"Encik. Tolong lah. Saya betul2 tak tahu nak buat apa ni ? Kalau Encik balik, at least takde lah saya nak uruskan Puan Nesha sorang2."

Kata Rose slowtalk dengan Iqram.

"Nanti Iqram balik."

Rose tahu, kalau Iqram ni marah. Dia akan gunakan bahasa "awak,saya". Ni dah guna nama. Kira dah reda sikit lah marah diaa.

"Terima kasih Encik."

"Mawar. Kan saya dah cakap. Panggil saya Iqram. Takpayah berencik encik."

Rose sudah terdiam.

"Okay."

"Okay apa ?"

Iqram sengaja mahu mengusik Rose.

"Okay Iqram."

"Pandai pun. Iqram sekejap lagi OTW."

Mereka meletakkan telefon sesudah habis perbualan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience