Bab 11

Romance Completed 8955

BAB 11

Mereka hendak bersiap2 ke rumah yang mahu dilamar oleh Rose. Kelihatan papa seperti tidak bermaya. Tetiba, papa rebah.

Semua menjerit, memanggil nama papa. Mama sudah menangis dan meletakkan pangkal kepala papa di ribanya. Manakala Along sedang mendial no ambulans. Rose hanya mampu berdoa. Adik nya tidak ada di rumah kerana ada latihan bola sepak di rumah.

~~~~~~~

Ambulans sampai. Mama meminta agar aku dan Along follow sahaja dari belakang. Hal Adik biar Pak Rahim yang mengambilnya.

Papa dipasang alat bantuan pernafasan. Nafasnya turun naik turun naik. Tidak stabil. Cukup membimbangkan Datin Orked.

Datin Orked dari tadi membaca surah yassin dan air matanya tidak putus2 mengalir. Kerana tidak sanggup kehilangan jiwa nya itu.

~~~~~~~

Sesampai sahaja di Hospital, Papa terus dibawa ke Unit Rawatan Rapi. Mama dipeluk oleh aku bagi menenangkan nya. Along masih setia menunggu adiknya.

Dari jauh nampak kelibat adik dengan pakaian bola sepaknya. Dari jauh jugak Adik berlari ke arah Along. Dan memeluknya.

"Along, papa macam mana ?"

Along hanya diam mengelengkan kepala. Tidak tahu harus berbuat apa.

Tetiba muncul muka doktor yang bernama Salmah. Selepas beberapa jam berperang untuk menyelamatkan papa, dia pun keluar. Mungkin hendak menyatakan sesuatu.

"Encik Rezza sudah kembali keramahtuallah. Diharap Datin bersabar. Dan diminta ahli keluarga nya sebaiknya Datin untuk sign beberapa dokumen yang berkaitan dengan hal kematian Dato Rezza ni."

Aku masih tidak sangka, Along sudah hilang daya upaya untuk berdiri. Adik hanya memeluk mama kerana masih kecil untuk kehilangan papa. Dia amat kesian, kerana tidak dapat bersama papa. Dia memberitahu bahawa papa ada cakap yang tidak perlu menghadiri latihan bola sepak itu, tetapi dia enggan mengikut kata2 bapa nya itu. Mungkin ini yang terjadi dari kata2 yang dilontarkan oleh seorang bapa kepada seorang anaknya.

~~~~~~

Selesai urusan pengkebumian, dari jauh aku nampak raut wajah Iqram. Aku cuba tidak nangis di hadapannya. Tetapi ia tetap mengalir.

"Awak kena kuat sayang. Saya akan ada untuk awak."

Rose terkedu seketika bila dipanggil sayang oleh Iqram. Tetapi Iqram buat lek lek sudah.

"Terima kasih datang, urusankan jenazah arwah papa. Banyak jasa awak."

"As muslim, saya kena la berbuat baik. Kerja yang sikit ni la. Saya kumpul nak tampong amalan saya dekat akhirat kelak."

Mendengar kata2 yang dilontarkan oleh Iqram membuatkannya lebih yakin mahu lelaki ni menjadi pendamping hidupnya.

~~~~~~

Selepas sebulan arwah kembali ke tangan pencipta nya iaitu Allah. Ahli keluarganya sudah boleh terima pemergiannya. Dan jugak boleh tersenyum semula. Walaupun terselit satu dua perasaan pahit dan tawar akan kejadian itu.

"Rose, mama ingatkan nak pegi lamar lelaki itu kembali untuk Rose. Rose rasa tepat tak masa ni ?"

Ketika itu di ruang tamu. Ada semua ahli keluarganya. Ada Along, Mama dan Adiknya, Razif. Along sudah bergelar tunangan orang seminggu yang lalu. Majlis itu dibuat kecil kecilan sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience