Bab 21

Romance Completed 8955

BAB 21

Hari ini dan hari seterusnya mahu ku merasakan erti kata "Bahagia". Tidak mahu ada satu pun erti kata "Dusta".

~~~~~~~~

Keluar dari bilik air, Rose menyanyi dengan nada suara yang perlahan. Tetapi masih boleh didengari. Dengan menggunakan tuala untuk mengosok rambut. Dan mengeringkan rambutnya menggunakan pengering rambut.

Tetiba, ada satu notification dari whattsap. Unknown number. Rose pelik. Dia segera membuka mesej itu tanpa melihat siapakah gerangan empunya yang memberi whattsap itu.

From : 018-xxxxxxx

"Aku nak beri kau warning. Jauhi Iqram Hiffny. Kalau kau taknak tengok wedding kau jadi huru hara. Kau kenal dengan aku, wahai Rose Arjuna. Aku harap kau faham bahasa yang aku gunakan ni. Kalau kau masih tak buat apa yang aku suru. Bermimpi lah kau dapat naik pelamin. Remember, what I say."

Rose terus mencampak iphone nya itu. Di atas katil yang berada di belakangnya itu. Terkedu dia membaca whattsap itu. Entah laki entah perempuan. Seriau je.

"Hah kau tengok dp whattsap dia. Kot2 kau tahu sapa dia."

"Tak payah nanti kau lagi takut."

"Arrr menyebok je kau."

"Aku cakap tak payah lah Rose. Kau kena jauhi jugak Iqram."

Dia sudah serabut dengan pemikirannya yang agak bercelaru itu. Dah macam ikan cencaru dah. K tu gurau.

Dia mula bangun, menerpa kembali katilnya untuk mengambil balik iphone nya itu. Segera dia membuka aplikasi whattsap.

Dengan lafaz bismillah, dia melihat dp whattsap milik si Pengugut itu tadi. Alangkah tidak percaya, gambar itu merupakan gambar dia dan iqram.

Tu tak pelah. Just gambar mereka. Tu tak melampau. Yang memang mencabar iman tu, dia boleh sesedap coklat je pegi pangkah kan muka Rose dengan warna merah.

Memang main api ni. Kuang ajo ! sis pulak over.

"Tak Rose. Kau tak boleh dengar cakap orang sesuka hati kau. Kita kena tengok permainan dia. Entah dia tu jembalang malaun mana entah. Mana tahu tu prank ke apa ke ? Kita tak tahu kan Rose. Believe yourself."

"Ehh. Mana boleh macam tu Rose. Kau baru kenal Iqram kot Rose. Tak sampai 2 tahun kot. Kau ni memang cepat sangat percaya orang."

Berbagai bagai cetusan pemikiran yang ada di otaknya sekarang. Hanya mampu mengeluh. Tak tahu mana satu yang betul. Mana satu yang salah. Astagfirulallah.

Rose menekup mukanya dengan telapak tangannya itu. Kemudian, merebahkan badannya ke arah katil dengan posisi melentang menghadap siling di atas.

Mula lah, pertemuan antara Rose dan Iqram berlegar2 di pemikirannya itu. Dia buntu. Tak tahu mahu berbuat apa lagi.

Mahu mengupah penyiasat ?

Tak boleh, nanti banyak kena pakai duit. Da lah aku budak kolej. Kaya tu bapak aku. Duit banyak nak pakai kot. Kang nanti papa tanya macam2.

Mahu larikan diri ?

Lagi lah bodoh. Larikan diri tak mendatangkan benefits yang baik pun lah Rose. Lagi lah banyak problem datang. People akan worry about you lah Rose. Cer jangan selfish.

Mahu report polis ?

Lagi lah tak boleh pakai. Entah kau pun tak kenal sapa dia. Entah dia datang dari mana pun tak tahu. Kau pun tak dapat nak detect dia. Kau boleh tak pikir meluas Rose.

Ketika tengah serabut itu, ada satu panggilan telefon. Dia main angkat sahaja tanpa melihat siapa yang telefon itu.

"Hello. Siapa ni ?" Rose memberanikan diri menanyakan siapakah gerangan pemanggil itu.

"Kau tak kenal aku ? Aku bagi kau kenal aku sekarang. Dalam masa 5 saat aku kenalkan kau. Aku orang yang kau bagi bluetick tadi. Masih kau ingat wahai Cik Rose Arjuna Binti Dato Rezza Malvine Arjuna. Now, how ?" Si pemanggil mula memberitahu identitinya. Tapi masih lagi tidak jelas.

"Kau sapa hah ? Aku tak penah kacau hidup kau lah. Kau sapa hah ?" Rose sudah mula datangnya amarah.

"Macam mana kau tahu yang kau tu tak penah kacau aku ? Kau tahu ke aku sapa ?" Rose terkedu. Aah lah. Mana lah aku tahu sapa la manusia yang bodohs ni. Yang tetiba muncul tanpa bagi salam.

"Kau nak apa hah ? Tolong lah. Kalau aku ada buat salah. Tolong lah. Jangan lah buat benda ni semua dekat aku. Im begging you." Rose sudah menangis tapi masih lagi boleh kawal. Walaupun hatinya sudah sakit, bahagia tak penah nak kekal. Malahan, derita yang bertubi2 datang dan datang. Non stop.

"Nak cakap kau ni tak pandai. Tak, kau pandai. Anak orang berada. Aku nak satu je, aku tak nak duit kau. Aku nak harta paling berharga dalam hidup kau. Iaitu IQRAM HIFFNY BIN DATO MUKMIN. Kau tak penah puas kan Rose. Aku ni bagai nak rak. Sedaya upaya goda laki2 semua. Tapi apa yang aku dapat. Habuk pun takde. Semua pegi dekat kau. N now, Iqram kau pulak amek. This is not fair Rose Arjuna." Pemanggil itu sudah menengking Rose. Rose hanya mampu mendengar.

"Kenapa baru sekarang kau cari Iqram ? Saat aku nak rasakan erti sayang, cinta, kasih tu semua. Kenapa masa aku nak meniti hari bahagia aku ?" Rose teresak2 menangis. Nasib dia duduk dekat tingkat 3 iaitu memang area bilik tidur dia, berdekatan dengan swimming pool dan bilik solat. Jadi, takde lah family dia mendengar tangisan dia itu. Dan alhamdulillah, dia tak duduk lagi di kondo berdekatan dengan kolej dia. Kalau tak macam2 boleh terjadi.

"Sebab masa tu, aku masih budak mentah lagi. Aku taktahu apa semua ni. Tapi sekarang lain, kau mula dulu rampas dia dari aku. Kau memang perampas. Dulu Iwan, sekarang Iqram." Dengan perang dalam talian, serba sedikit Rose dapat detect sapa malaun bodoh itu.

"Kau jangan cakap yang kau Nesha. Jangan cakap kau Siti Qanesha." Rose mula menebak. Jika betul ? Jika salah ?

"Hahaha. Nampaknya kau dah kenal aku. Tak payah la aku nak tunjuk diri aku sapa. Its just that because kau dah kenal aku. So, kalau kau sayang kan.."

Baru sahaja Si Penggugut mahu menyambung ayatnya. Rose telah terlebih dahulu mematikan talian.

"Sial punya budak. Kau matikan fon aku. Kau memang main darah dengan aku." Entah apa yang diingini sebenarnya oleh Rose.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience