Bab 19

Romance Completed 8955

BAB 19 flashback

"Apa kau cakap ? Apa yang kau cuba katakan ? Kau mengandung ke ?"

Shida mengangguk. Lalu bersuara.

"Shida memang terpaksa buat semua ni. Kalau mak nak tahu. Shida ni bagaikan anak patung. Yg dibelai setiap hari oleh kerana. Oleh kerana mak dan ayah. Shida yang jadi korban. Mak ade ingat ? Takde kan. Mak ingat orang je salah. Hutang mak beribu ribu dengan Ah Long. Ade mak amek kesah ?"

Puan Khadijah terdiam. Memang betul dia banyak berhutang dengan tauke kedai emas itu. Kalau nak tahu, kedai emas yang dahulunya Rose dan Iqram pergi untuk mencari cincin itu milik Ah Long itu lah.

Kini, Puan Khadijah mendiamkan dirinya. Bagi Shida bersuara.

"Apa mak rasa ? Hati seorang anak yang macam ni ? Mak tahu nak salahkan je. Orang ni sanggup gadaikan nyawa orang untuk selamatkan kita sekeluarga. Mak ? Ada macam tu ?"

Shida berkata lagi serta tubir matanya itu dipenuhi dengan air mata.

"Hah lagi satu je lagi. Mak pernah amek kesah tentang orang ? Orang mcm mna ? Ada duit ke tak ? Hidup merempat ke tak ? Mak takde amek kesah. Walaupun kita miskin, jangan la mak anggap tu penghalang. Ya, memang betul. Adik2 memang perlukan kasih sayang lebih. Tapi.."

Dia berhenti bersuara.

"Tapi kalau mak macam ni. Masalah tak akan selesai. Dia orang datang cari mak. Cari ayah. Tapi mak ayah lari. Lepas tu bende tu semua letak beban tu dekat sini laa."

Kata Shida sampai menunjukkan kepada kepalanya.

"Orang boleh terima kalau mak tak layan orang sekata dengan adik2 yang lain. Tapi orang tak boleh terima, kalau orang ni diperlakukan seperti bohsia jalanan. Mak, mak tahu tak ? Malek tu lelaki yang paling baik yang pernah orang jumpa. Kita orang kawin sampai lah satu tahap orang keguguran. Dia tak kesah. Dia redha. Tapi paling meruntun jiwa hati orang. Bila doktor sahkan yang anak dekat kandungan orang masa sebelum keguguran ialah anak bekas lelaki yang pernah merogol anak mak ni. Mak faham tak ?"

Dia berkata lagi. Sampai lah mata putihnya bertukar menjadi merah. Hidung dia yang putih melepak bertukar kepada pink.

Dengan keadaan duduk bersandarkan katil yang dinaikkan seat dia. Supaya keselesaan terjamin. Dia seperti mahu mengeluarkan semua perasaan yang dia pendam.

"Tapi, bila dia dapat tahu yang orang ni bohsia semata2 untuk menutup aib mak ayah. Dia terus berubah. Walaupun syurga orang dekat telapak kaki dia. Tetapi, walaupun bagaimanapun syurganya. Kalau hati da berkehendak macam tu jadi lah macam itu. Mak tolong la faham. Orang tak mintak banyak. Mak kalau sayang orang. Mak larilah sekarang bawak ayah adik2 ke tempat yang lebih terjamin. Orang tak nak menyusahkan mak ayah. Mak pergilah."

Puan Khadijah dengan yang tadi berego tinggi kini berubah menjadi lebih sayu.

"Mak mintak maaf Shida. Mak dah salah mendidik dan menjaga Shida. Mak harap pemergian mak ni dapat Shida memaafkan mak dan sekeluarga. Mak gagal jadi mak yang terbaik buat Shida. Mak minta maaf."

Kata Puan Khadijah lalu keluar meninggalkan Shida. Shida tidak berupaya bersuara lagi kerana sudah penat dengan dunia yang penuh dengan pancaroba ini.

~~~~~~~~~

"Arrrrrr. Sakitnyaaa."

Shida memegang kepalanya. Dia mengerang kesakitan.

Tangan dia cuba menekan button merah kecemasan itu. Tetapi, dia tersungkur jatuh dari atas katil ke bawah.

"Arrr dok... doktorrrrrr."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience