Bab 12

Romance Completed 8955

BAB 12

Tibalah hari Along bergelar seorang suami. Dengan sekali lafaz Kak Sha kini bergelar suri hati milik Along. Dan sudah bertukar tempat Syurga. Kerana Syurganya kini dibawah telapak kaki suaminya.

Majlis repsepsi nya dilakukan secara bersederhana. Atas permintaan Along kerana masih menghormati hari dalam 100 hari pemergian papanya.

Muka pengantin sangat berseri seri. Bagai pinang terbelah empat. Haha--'' Pengapit lagi lah berseri terlebih, orang kata amek berkat dari orang yang sudah berumahtangga.

Selesai majlis, ada sesi bergambar antara keluarga. Kerana masa ada sesi berfoto, mereka mengambil orang2 yang penting sahaja. Yang ni mereka pulun habis la.

Sedang mereka bergambar, tetiba Pak Ngah Nasrin bersuara.

"Bakal pengantin jangan lah duduk je. Pegi la amek berkat dekat pelamin tu. Nanti masa betol2 takde la nervous sangat."

Muka Rose sudah kemerahan menahan malu. Betol, aku dengan Iqram sedang duduk berborak kosong. Untuk hilangkan penat katakan.

"Sayang, pegi la amek berkat. Biy penatlah. Malas nak pegi."

Kata Iqram perlahan ke telinga Rose. Wow sekarang da tukar panggilan nama. Biy - Sayang.

"Alah, main bisik2 pulak da."

Kata Pak Ngah lagi mengusik. Aku dengan geram, menarik lengan sado milik Iqram bangun dan pergi ke pelamin yang ala ala Arabiah.

"Fiq, amek kan gambar aku dengan Iqram."

Kata Rose kepada sepupunya yang sedang pegang kamera itu. Iqram sudah tidak tahu mahu membuat pose apa. Rose menyuruhnya membuat pose duduk di atas kerusi manakala Rose akan berdiri di sebelahnya.

Ramai yang melihat malahan diambil fotonya. Iqram sudah menjadi malu. Yelah, ni keluarga pihak Rose walaupun sepupunya sudah menjadi isteri kepada Rayyan tetap Iqram segan.

"Hah, korang bangun sekejap. Iqram, kau peluk pinggang si Rose tu. Dua2 tangan. Rose kau pulak pegang leher dia dua2 tangan sekali. N then mata korang tatap mata masing2. Buat dengan feel tau. Baru nampak ori. Takde la fake."

Terang si Fiq dengan penuh bersemangat. Belum kahwin da disuru macam ni lagikan da kawin nanti.

1, 2, 3 click.

"Okay, cantik. Nanti aku hantar dekat Rose. Iqram kau mintak nanti gambar dekat Rose."

Iqram hanya mengangguk. Malu dia kata. Rose buat selamba je.

~~~~~~~~~

Malam itu, tiada ada apa apa acara. Hari lusa baru ada majlis belah perempuan.

Toing toing.

Mesej dari Whatsapp masuk.

From : Fiq (sepupu)

-image ?8:20? -image ?8;21?

Menunggu gambar itu loading. Hasilnya begitu cantik. Seperti sedang buat photoshot pulak. Untuk pra-wedding. Fiq memang mengambil jurusan photografpher ni. Minat la katakan. Nak buat camne ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience