Bab 28

Romance Completed 8955

BAB 28

Pagi ni, Rose bangun awal. Dia ingin mempersiapkan dirinya. Mengemas beg nya, memastikan tiada satu pun identiti dirinya yang akan mencalarkan rancangannya itu.

"Okay. Tudung dah masuk. Furdah 15 helai dah masuk. Jubah. Kain batik. Okay siap semua."

Kata Rose sambil mengzipkan begnya lalu di bawak turun ke bawah. Beg da lah berat, dia mengambil jalan yang mudah untuk menggunakan lif.

Masuk sahaja dalam lif dia memperbetulkan tudungnya berserta dengan furdah.

Ting !

Bunyi pintu lif itu terbuka, lalu dia ternampak mamanya yang sedang mempersiapkan hidangan makanan pagi.

"Assalamualaikum mama. Morning."

Mama dia menoleh. Mama nya mengerutkan dahi sambil mengangkatkan kening sebelah kirinya.

"Waalaikumussalam Rose. Kenapa pakai furdah lagi ? Dengan beg sebesar alam halang jalan orang ni kenapa dibawak turun ?

Rose membuat muka toya. Da tahu da konfem mama lupa akan rancangannya itu.

"Ma are you forgot about the last night ? Our disscussion ?"

"Ya allah. Mama lupa lah sayang. Okay cepat2. Nanti mama hantar kamu ke agensi. Cepat makan ni. Nanti dah tak boleh rasa masakan mama."

"Ish mama ni. Orang buat ni. Nak dapatkan balik hak orang lah ma."

Kata Rose sambil menarik kerusi untuk duduk. Dia membiasakan diri untuk makan sambil memakai furdah.

Datin Orked sudah tahu, bahawa perempuan yang merampas kebahagian anak nya itu. Ialah anak keduanya jugak. Yang sudah sekian lama mengangkat kaki dari rumah.

Tetapi, malang sampai sekarang. Rayyan tidak mahu memberitahu adiknya itu. Akan kewujudan Nesha itu sebenarnya kakak kandungnya.

~~~~~~

"Rose. Mama doakan semua berjalan dengan lancar. Nak mintak pertolongan just call je mama. Mama siap sedia membantu."

Kata Datin Orked sebelum Rose keluar dari kereta itu. Hari ni, Datin siap turun padang menghantar Rose. Selalunya, driver je yang tolong antarkan.

"Ai ai cip. Hamba menjunjung perintah. Okay lah ma. Nanti lambat pulak da. Nak naik atas nak jumpa Kak Hana lagi. Mau lambat kang."

Mamanya mengangguk lalu melihat anaknya itu sambil melihat anaknya mendaki tangga itu naik ke pejabat. Beg besarnya di letak di bawah sahaja. Ditinggalkan bersama pak guard.

~~~~~~

"Okay. Mawar are ready ?"

"Mawar ready."

Mereka menaiki kereta syarikat agensi itu. Sampai di kondo milik Nesha & Iqram itu. Hati Rose hanya mampu berdoa agar semua berjalan dengan lancar.

Dia tidak mahu firasat hatinya menjadi seperti 69. Terbalik. Harap mereka tidak bahagia. Semoga hati Iqram tetap untuk Rose sahaja.

"Assalamualaikum."

Kak Hana memberi salam. Orang Islam kan, wajib bohh. Kamek jua kayak gitu.

"Waalaikumussalam."

Tersembul muka yang sangat Rose rindui. Sebulan berlalu, banyak perubahan wajah di muka nya Iqram. Nampak weird. Seperti hidup tiada hala tuju.

"Saya Puan Hana dari agensi Pembantu Rumah. Semalam mengikut laporan saya, isteri encik. Iaitu Puan Nesha. Meminta agar saya mencari housemaid. Jadi ni lah orangnya."

‘’Aah memang betul. Dia takde. Takpe. Saya okay je. But before that, i want to know your name ?"

Puan Hana sudah menyiku Rose yang berada di sebelahnya. Rose tersentak dari lamunannya.

"E.. erkk. Sayaa Mawar. Mawar Malvine."

Dia mengambil nama bapaknya "Malvine". Tak kan nak letak "Arjuna". Karang tak pasal2 kantoi.

"Ohh. Mawar. Such as good name. But Malvine tu saya macam penah dengar. Dia macam nama orang yang sepatutnya menjadi bapa mertua saya. Tapii..... Ehh. Jom lah masuk."

Muka Iqram nampak sangat masih lagi mengingati Rose sekeluarga. Rose hanya diam di balik furdah itu.

~~~~~~~

"Okay lah macam tu Encik Iqram. Saya nak minta diri dahulu."

Kata Kak Hana, Rose sudah membeliakkan matanya. Awalnya nak balik. Belum sampai 10 minit kak Hana menjejakkan kaki di rumah itu. Terus nak bla.

Rose gelisah. Nanti kena lah duduk berdua dalam rumah tu. Rose ni nak jalankan misionnya tapi dalam masa yang sama tak nak ada istilah "berkhalwat".

"Kau keje je kan Rose. Masa yang sama kau jalankan plan kau. Lek Rose. Jangan sampai dia tahu."

Kata Rose dalam hati.

"Da nak balik ke Puan ? Okay lah macam tu. Saya hantarkan sampai ke depan."

Kak Hana mengangguk. Rose masih lagi duduk diam. Duduk sambil menguis2 kain sofa itu. Mahu tercabut kang Rose woii.

~~~~~~

"Okay. Mawar. Nama saya Iqram Hiffny. Saya bekerja sebagai doktor. Isteri saya model. So, now saya nak tunjukkan rumah ini. Jadi senang lah awak nak buat keje kan."

Rose mengangguk. Dia tetap sama. Masih ramah dengan orang.

"E.. erkk.. encik. Sebelum tu, boleh tak saya bukakan pintu depan dahulu ? Datang fitnah kalau..."

Selepas perkataan "kalau" itu. Tangan Rose menunjuk ke arah dia dan Iqram.

"Astagfirulallah. Sorry. Saya terlupa."

Kata Iqram menunjukkan kesilapannya. Rose segera berlari lari anak ke arah muka pintu.

Tetiba, mahu sahaja Rose membuka pintu. Tersembul muka Nesha. Dengan baju tak cukup kainnya itu. Mungkin baru balik dari shooting modelling kot. #malasnakamektahu

"U sapa ? Macam mana u boleh masuk rumah i ? Husband i mana ?"

Rose dengan perasaan yang sakit hati. Mahu saja menampar muka perempuan jalang itu. Tetapi sabar, kita ikut plan.

"Saya housemaid di rumah ni."

"U housemaid ? How come i ada housemaid yang ala ala orang nak pegi haji ni ? Please lah. U salah rumah kot."

Rose sudah mengempal tumbukan di tangan. Tinggal tunggu untuk melayang sahaja. Tetiba, Iqram datang.

"Hey. Apa bising2 ni ? Kau kenapa nak marah ? Kau yang nak housemaid. Lepas dah ada. Kau marah2. Tak puas hati. Kau pahal."

Rose pelik, Iqram menggunakan bahasa "kau,aku" dengan Nesha. Manakala, Nesha terlebih gedik. Gunakan "i,u".

"Lah betul lah. I mintak housemaid. Bukan jemaah haji. U tak paham ke ?"

Main api betul lah si Nesha ni. Aku pang kang. Iqram terus menarik tangan Nesha ke tepi.

"Ni kali terakhir aku sentuh kau. Kau tak faham bahasa ke ? Dia HOUSEMAID. Yang kau mintak semalam. Tadi orang agensi tu sendiri hantar Mawar tu datang sini."

"Who's Mawar ?"

Iqram sudah membuat muka marah.

"Kau ni bodoh ke apa ? Budak yang kau cakap macam jemaah haji tu lah Mawar. Mawar Malvine. Dia sementara sahaja. Sebab dia kerja ni just untuk habiskan cuti sem dia sahaja. Kau tak faham lagi ke ? Ke nak aku pakai microphone ? Jerit dekat telinga kau ?"

Rose tersenyum di sebalik furdah berwarna hitam itu. Tersentuh dengan sikap Iqram yang tak pernah berubah dari dulu sehingga sekarang.

Menolong orang tak kira usia dan taraf keluarga.

"Ok ok. I salah. So, u dah tunjukkan budak ni rumah kita."

"Aku cakap nama dia Mawar. Bukan BUDAK."

Iqram membela lagi.

"Okay. So u da tunjuk Mawar ni rumah kita ?"

"Belum. Tadi aku nak tunjuk. Tapi ada malaun kacau masa aku dengan dia tadi."

Malaun yang dikatakan itu ialah "Nesha" lah. Sapa lagii kan.

"U sindir i ke apa ni ?"

"Oh terasa ke ? Sorry lah. Aku nak bawak Mawar pegi tengok rumah aku ni. Bukan rumah kita. Rumah aku. Ada faham ?"

Iqram berlalu pergi bersama Rose. Nesha menunjukkan protes dengan hentakan kakinya itu. Dia pikir Iqram akan pujuk. Sorry to say lah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience