Bab 16

Romance Completed 8955

BAB 16

Jam demi jam, Iqram melawat dan melawat serta melawat Shida. Untuk memantau perkembangannya. Shida masih lagi tidak menyedarkan diri.

Dia didapati berada di bawah keadaan separuh sedar. Dia masih lagi boleh mendengar orang bercakap atau berbisik di telinganya.

Tetapi tidak berupaya untuk sedar dari tidur nya itu. Mungkin kesan ubat penenang itu sungguh kuat.

~~~~~~~

Kini, masalah berkaitan dengan Shida dia ingin lupakan dahulu. Dan menyerahkan kepada Doktor Kamal. Juga pakar dalam bidang sakit HIV ini.

Terdetiknya hati Iqram mahu datang ke Mersing. Walaupun belum hampir 2 hari dia di KL. Petang itu, dia bersiap dan mengemas baju2 nya. Masukkan kedalam beg.

Dengan baju kemeja, seluar slack berwarna hitam. Kaca mata Ray-ban berwarna biru sama sepeti bajunya. Menyerlah lagi ketampanan milik dirinya itu.

Meloloskan dirinya kedalam kereta Honda nya itu. Di mulakan dengan bismillah, men-start enjin. Dan mengundurkan keretanya untuk keluar.

Hatinya berasa tenang, dengan bunga rose yang sempat dibelinya tadi untuk diberikan kepada Rose nanti setelah dia tiba di sana.

Fikirannya bergelodak bermacam2 soalan. Tentang Rose :

Sehat tak dia ? Ada orang kacau dia ke ? Dah makan ke dia ? Best tak dia dekat sana ?

Arr macam2 yang difikirkan.

~~~~~~~~

Angin sepoi2 bahasa pada petang itu. Cuaca pun tidak begitu panas. Orang kata enak lah di jemur. Rose yang asyik memerap dalam bilik kini berada di gigi pantai.

Dia menyentuhkan kakinya ke dalam air itu. Cuaca panas ke sejuk ke ? Air tetap sejuk. Tetapi masinnya jangan cakap, bertambah.

Nasib lah tadi, orang kaunter itu menyewa gitar. Jadi tak ada lah kesepian Rose di situ.

Tangannya ralit bermain gitar, dengan bunyi deruan ombak air itu memecahkan kesunyian hatinya itu.

Hancur. Hancur aku. Bila bila saja, Hancur. Hancur aku. Hancur aku.....

Mulutnya juga menyumbangkan suara. Tangan Rose behenti memetik gitar dan bersuara. Kerana ada orang menepuk tangan.

Segera Rose menoleh belakang, alangkah terkejutnya Rose. Orangnya ialah Iqram.

"Biyyyyyy."

Kata Rose segera meletakkan gitar dan bangun pergi ke hadapan Iqram. Iqram mampu tersenyum sahaja melihat senyuman dan riak muka Rose yang gembira itu.

"Cakap lagi 2 hari baru datang. Ni tak sampai sehari dah datang balik ?"

Iqram mengelengkan kepalanya.

"Tengok tu. Orang datang cepat salah. Nanti datang lambat salah. Nanti datang lambat lagi ada yang hancur lagi."

Kata Iqram menyindir Rose yang tadi menyanyi lagu "hancur aku". Rose hanya mampu menahan malunya itu.

"Nah. Like always i say. Bunga rose hanya untuk orang yang bernama Rose."

Terpancul bunga Rose dari belakang badan Iqram untuk diberikan kepada Rose.

"Terima kasih."

Kata Rose mengucapkan terima kasih sambil mencium bunga itu. Kenapa dia selalu mencium bunga Rose ?

Kerana bunga Rose ni ada bau dia yang tersendiri. Sukar tau, perempuan nak dapat bunga dari lelaki. Kalau dapat lelaki yang memahami macam Iqram ni takpelah. Kalau dapat lelaki macam Iwan ex boyfriend nya Rose, menghampakan jelah. Tunggu 1000 tahun pun tak akan dapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience