Bab 20

Other Completed 1317

Seminggu kemudian..., Aisya disahkan meninggal dunia setelah bertarung nyawa dengan kanser. Datin Mariana pula, menjadi tidak waras sepenuhnya kerana tidak dapat menerima hakikat kematian Aisya dan tidak mampu membolot harta keluarga Fairuz. Datin Mariana ditempatkan di Wad Kenanga Hospital Tanjung Rambutan.

Akhirnya, saat yang dinanti - nantikan Fairuz dan Khairina telahpun tiba.
Khairina yang cantik berbaju pengantin ungu, sedang duduk di atas pelamin bersebelahan dengan Fairuz yang juga berpersalinan ungu.

"Pssstttt... Awak nampak cantik harini," bisik Fairuz, selepas mendekatkan telinganya pada telinga Khairina yang sungguh manis dengan sentuhan MUA pada hari itu.

"Ooh. Jadi hari - hari lain, saya tak cantik ke?," tanya Khairina.

"Cantik, tapi kali ni mekap awak tebal... sikit... hahahaha!," kata Fairuz sambil ketawa.

"Fairuz! Awak suka usik saya, kan?,"

Fairuz mula bangun, sambil ketawa mengekek - ngekek dikejar Khairina yang ingin memukulnya. Para tetamu hanya ketawa dengan aksi mereka yang berkejaran di bawah khemah pengantin itu.

"Eh, Rina! Apa lari lari tu? Jom, kita bergambar sama - sama. Ajak sekali Sofea kat bawah khemah tu," kata Puan Raidah, ibu Khairina. Khairina hanya akur, tapi dalam masa yang sama, dia memberi isyarat 'awas' pada Fairuz yang tidak jauh darinya. Fairuz hanya mengenyit mata pada Khairina.


- TAMAT -

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience