Bab 12

Other Completed 1308

Beberapa tahun kemudian..

Sudah tiba masanya, Khairina meluahkan segala isi hatinya pada Fairuz melalui nombor telefon Whatsapp milik Fairuz yang didapati daripada kawan - kawan rapat Fairuz. Dia ingin meluahkan semuanya dengan Fairuz. Tak sanggup lagi dia simpan perasaan dan kedukaan ini terlalu lama. Dia yakin Fairuz juga mencintainya, sebab itu dia berani luahkan.

"Fairuz, saya cintakan awak. Awak pun simpan perasaan yang sama pada saya, kan?," taip Khairina. Berdebar - debar dia tunggu jawapan dari Fairuz.
Seminit.
Dua minit.
Lima minit. Tiada juga jawapan dari Fairuz.

Tiba - tiba, telefon bimbit Khairina berdering, tanda pesanan Whatsapp masuk.

"Maafkan saya, Khairina. Saya tak ada rasa cinta sedikitpun kat awak. Maafkan saya," Khairina membaca mesej dari Fairuz itu. Entah kenapa, hatinya terasa kebas. Setelah beberapa ketika, barulah hatinya rasa sakit. Sakit yang teramat.

"Oh. Kenapa awak baru nak bagitahu awak tak suka saya sekarang? Kenapa awak selamatkan saya daripada difitnah Cikgu Hani dan Aisya? Kenapa awak suka pandang saya dulu? Kenapa awak beri harapan palsu pada saya? Kenapa?!," laju sahaja Khairina menaip dengan deraian air mata membasahi pipinya.

"Sudahlah, Khairina. Jangan hantar apa - apa lagi pada saya. Saya sibuk," balas Fairuz.

"Arrgghh! Aku benci la semua ni! Aku benciii!!!!," teriak Khairina sambil membaling telefon bimbitnya ke dinding.Bunyi teriak Khairina membuatkan Sofea yang merupakan rakan serumahnya itu datang ke arah Khairina.

"Kau kenapa, Rina?! Kenapa kau nangis teruk ni?,"tanya Sofea. Tanpa menjawab soalan Sofea, Khairina terus memeluk erat tubuh Sofea.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience