Bab 2

Other Completed 1308

Sebenarnya, Khairina adalah pelajar Tingkatan 3 Amanah. Khairina belajar sekelas dengan Sofea Syahirah. Fairuz si kacak pula 2 tahun lebih tua dari Khairina, dan merupakan pelajar kelas 5 Amanah. Nasib merekalah, dua - dua belajar di kelas pertama.

Suatu hari... Khairina pergi ke bilik Sofea di blok B asrama puteri. Bilik mereka taklah jauh mana pun, cuma berlainan blok saja. Khairina sudah menyiapkan kerja rumahnya, jadi dia mahu meluangkan masa sengganggnya dengan Sofea.

"Sofea, aku rasa Fairuz pun suka aku lah. Kau tengoklah cara dia tengok aku... Walaupun dia tak kenal aku, tapi aku yakin dia pun suka aku. Heheh," cerita Khairina, sambil tersenyum - senyum memandang siling bilik Sofea.

Sofea hanya mendiamkan diri.

"Sofea! Kau dengar tak aku cakap ni? Kau ni, malaslah aku!," rajuk Khairina, sambil mencebikkan bibir.

"Eh, eh. Oh... Sorry, Rina. Ha, Rina. Kerja rumah Bahasa Inggeris kau dah siap? Ajarlah aku. Kau kan pro," kata Sofea, mengubah topik perbualan.

Serta merta Khairina lupa dengan topik cinta tadi.

"Kau nak minta ajar yang mana?," tanya Khairina.

Akhirnya, Khairina menunjuk ajar Sofea sehingga Khairina terlelap. Khairina terlupa yang sepatutnya dia tidak boleh menginap di bilik orang lain. Tunggulah, apa akan terjadi esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience