Bab 9

Other Completed 1308

Pagi itu, perhimpunan pagi berjalan seperti biasa dengan dihadiri oleh ratusan pelajar.

"Baiklah, dipersilakan Cikgu Hani untuk memberikan maklumat disiplin pelajar pada pagi ini," kata juruacara majlis. Tanpa berlengah, Cikgu Hani terus naik ke atas pentas untuk memberikan ucapan.

"Pada pagi ini, saya ingin melaporkan maklumat disiplin. Didapati, seorang pelajar kita, telah mencuri duit tabung kebajikan sekolah di bilik guru. Dan pelajar itu adalah... KHAIRINA ATILIA BINTI AZMAN. Khairina Atilia, tolong naik ke pentas sekarang," arah Cikgu Hani. Semua pelajar yang ada di tapak perhimpunan itu melingas - lingas di sekeliling mencari pemilik nama Khairina Atilia.

Kelihatan, Khairina berjalan sambil menunduk, menuju ke atas pentas. Semua mata termasuk guru - guru memandang ke arahnya. Aisya yang melihat dari atas pentas, tersenyum kerana berpuas hati dengan tindakan Khairina itu.

Cikgu Hani berkata lagi, "Pelajar ini telah mengambil duit tabung kebajikan sekolah pada 29 Februari lalu. Hukuman yang dikenakan padanya ialah, gantung sekolah,"

Khairina yang tertunduk di atas pentas itu mengalirkan setitis air mata dalam diam.

"Tunggu!,

Semua mata terpana ke arah suara itu. Khairina juga mengangkat wajahnya dan memalingkan muka pada suara itu. Ternyata, pemilik suara itu adalah Fairuz.

"Tuan Pengetua, Khairina tak bersalah. Tolong jangan buang dia dari sekolah ni. Benar, Khairina tak bersalah," kata Fairuz dengan bersungguh - sungguh.

"Sebenarnya, Khairina telah difitnah. Aisya dan Cikgu Hani telah bersekongkol untuk memfitnah Khairina dengan mengatakan Khairina adalah pencuri duit tabung kebajikan sekolah," jelas Fairuz.

"Hey, Fairuz!!! Apa bukti kamu kata saya bersekongkol dengan Aisya? Sudah terbukti pencuri sebenar adalah Khairina!," kata Cikgu Hani. Aisya pula mengangguk - angguk.

"Puan Pengetua lihat sendiri, sepatutnya, guru mempertahankan anak muridnya agar terlepas dari hukuman, tapi Cikgu Hani malah makin menjatuhkan Khairina dan hanya mempertahankan diri sendiri! Ini kerana Cikgu
Hani hanya mahu Khairina keluar dari sekolah ini!," jelas Fairuz lagi. Semua pelajar dan guru terkejut dengan pernyataan itu.

"Ya, Puan Pengetua. Saya dan Jenny ada terdengar perbualan antara Aisya dan Khairina di belakang sekolah. Masa itu, kami hanya belajar di kelas berdua," kata Rania. Kini, sudah ada 3 orang saksi yang berani menyatakan yang sebenarnya.

"Khairina, katakanlah, yang awak tak bersalah!," laung Fairuz.

Kelihatan, Khairina hanya menunduk. Tiba - tiba, di atas pentas itu, Khairina rebah.

"KHAIRINA!,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience