Bab 10

Other Completed 1307

Sofea Syahirah menepuk - nepuk pipi Khairina yang sedang terbaring di atas katil bilik sakit itu.

"Rina... bangun Rina...," kata Sofea.

Tak lama kemudian, Khairina pun membuka matanya.

"Huh... Kau ni. Risau aku tau tak. Kami semua risau pasal kau. Kau pengsan atas pentas tadi," jelas Sofea.

Tiba - tiba, Khairina segera bangkit dari katil itu.

"Eh, kau nak ke mana ni? Badan kau belum sejuk lagi!," kata Sofea.

"Aku kena jumpa Fairuz... Fairuz dah tolong aku! Aku kena cakap terima kasih kat dia sekarang!," kata Khairina.

"Tak payah Rina... tak payah," pujuk Sofea sambil menarik perlahan lengan Khairina agar baring ke katil semula.

"Ha?,"

"Meh sini aku cerita. Sebenarnya, selain Cikgu Hani dan Aisya dibuang sekolah, Fairuz pun dah dibuang sekolah juga," jelas Sofea.

"APA?," kata Khairina, terkejut. Dia seakan tak percaya dengan berita itu.

"Tadi, masa Fairuz ceritakan semua kejahatan Cikgu Hani dan Aisya pada Puan Pengetua, tiba - tiba, Aisya balas dendam dengan bocorkan pada semua yang Fairuz adalah kekasih dia,"

"Fairuz cakap dia sanggup dibuang sekolah bila orang tahu dia ada hubungan kekasih dengan Aisya. Fairuz tak mahu malukan diri dia lagi dengan duduk lama - lama kat sekolah ni," kata Sofea lagi.

"Ini semua salah aku, Sofea.. ni semua salah aku... Kalau aku tak dekati Fairuz, pasti semua benda ni takkan jadi," kata Khairina, sambil menangis teresak - esak.

"Dahlah, Rina... Jangan salahkan diri sendiri. Kau tak salah pun, Rina," pujuk Sofea seraya mengusap - usap belakang tubuh Khairina itu.

Khairina pun merebahkan diri ke dalam pelukan Sofea. Dia menangis sepuas hatinya, sambil mengenangkan crush yang sudah pergi jauh dari sekolah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience