"Khairina," panggil Cikgu Intan.
"Ya, cikgu. Kenapa?," tanya Khairina apabila dia sudah betul - betul di hadapan guru itu.
Cikgu Intan tergelak kecil.
"Kesian kamu kelmarin. Terketar - terketar kamu cikgu tengok kat atas pentas kelmarin. Cikgu pun hairan, macam mana orang yang kuat disiplin macam kamu ni boleh tidur bilik orang lain?," tanya Cikgu Intan.
"Eh, tak ada apalah cikgu. Err...,"
"Hmmm.. Takpalah. Kita tutup cerita pasal tu. Sekarang, saya nak kamu hantar buku ni dekat Fairuz, kelas 5 Amanah. Saya dah siap tanda buku dia. Kamu kenal kan dia, pelajar yang rajin buat latihan personal dengan guru tu?,"
Khairina seperti rasa mahu meloncat. Yes, ini peluang dia untuk berkenalan dengan Fairuz! Yeayy!!! Cikgu Intan ni macam faham faham je keinginan aku niii... Yassss!!!
"Errr.. Baik cikgu! Saya pergi dulu ya, cikgu," kata Khairina sambil mengambil buku yang tertera nama Fairuz di atas meja itu.
"Baiklah," kata Cikgu Intan.
Share this novel