Bab 3

Other Completed 1307

Keesokan harinya, di tapak perhimpunan di mana setiap pelajar akan menghadiri perhimpunan pagi,,

Muka Khairina sudah merah padam. Dia takut kalau namanya dipanggil kerana tidur di bilik orang lain malam tadi. Dari tadi dia asyik mengadu dengan Sofea yang dia takut kalau namanya dipanggil dan dia disuruh berdiri di atas pentas, depan semua orang.

Ketika itu, Puan Hani, guru disiplin sekolah itu sudah naik ke atas pentas untuk memberi ucapan....

"Baiklah, semua pelajar boleh naik kelas," kata Cikgu Hani.

Eh, betulkah apa yang aku dengar ni? Pelajar boleh naik kelas? bisik Khairina di dalam hati.

Semua pelajar pun mula keluar barisan untuk naik ke kelas.

"Eh, kejap. Pengawas sekolah. Tolong umumkan nama pelajar yang tidur di bilik orang lain malam tadi,"

Berderau darah Khairina dibuatnya. Dia rasa macam nak lari sekarang juga!

Pengawas sekolah yang bertugas kelmarin, Aisya, Tingkatan 5 Cendana terus memberi nama yang tertera di atas kertas kepada Puan Hani untuk diumumkan.

"Baiklah. Terima Kasih, Aisya. Ok, pelajar yang bertuah itu ialah... KHAIRINA ATILIA BINTI AZMAN! Sila naik ke pentas sekarang juga!," kata Puan Hani, dengan senyuman yang menyeringai.

Gemuruh suara pelajar lelaki bersorak tanda ejekan untuk Khairina. Khairina pula, hanya menunduk..

"Takpa, Rina. Kau naik je. Aku yakin semuanya akan ok," kata Sofea. Dalam pada itu, dia juga rasa bersalah kerana buat Khairina terlelap di biliknya.

Perlahan - lahan, Khairina menapak ke arah pentas. Apabila dia berpusing ke depan untuk menghadapkan wajahnya di hadapan semua orang, budak budak lelaki terutamanya pelajar Tingkatan 5 makin kuat mentertawakannya.

"Tak apa, Khairina. Kau kena kuat. Angkat muka kau perlahan - lahan...," bisik Khairina dalam hati, cuba memberi dorongan untuk dirinya sendiri.

Bila dia angkat muka, ratusan wajah sedang mentertawakannya... kecuali... ada satu wajah yang hanya tersenyum manis padanya. Senyuman penuh makna. Ya! Fairuz sedang tersenyum di tengah - tengah kawan - kawannya yang sedang bergelak ketawa.

Dalam tak sedar, Khairina perlahan - lahan mengukir senyum. Lama pandangan antara Fairuz dan Khairina bertaut. Meskipun Khairina rasa malu kerana ratusan orang sedang mentertawakannya, namun dia bersyukur kerana dapat melihat Fairuz tersenyum ke arahnya pada hari itu!

"Baiklah, semua pelajar boleh naik ke kelas. Khairina, kamu dikehendaki buat 3 karangan tentang penyesalan kamu tidur di bilik orang lain semalam!," kata Puan Hani yang tidak bertimbang rasa itu. Khairina hanya menurut, sambil wajahnya tidak lekang dari senyuman memikirkan tentang tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience