Bab 6

Other Completed 1307

Malam ini, Khairina sekali lagi mahu pergi ke bilik Sofea. Pedulilah, jika dia harus naik ke atas pentas lagi kerana kesalahan tidur di bilik orang lain. Dia peduli apa?

"Sofea... aku sedihlah," rintih Khairina.

"Sedih kenapa, Rina?," tanya Sofea, acuh tak acuh kerana masih menyiapkan kerja sekolahnya.

"Ni pasal Fairuz... Dia... dah ada kekasih!," kata Khairina, lalu terus memeluk Sofea.

"Apa? Fairuz? Dah ada kekasih?," tanya Sofea dengan riak wajah terkejut.. Khairina hanya mengangguk laju.

"Kekasih dia... KAK AISYA! Pengawas sekolah tu...," kata Khairina lagi. Makin terbuntang luas mata Sofea dibuatnya.

"Amboi... Pengawas sekolah tu... Tak segan - segan bercinta! Tengoklah, aku akan report kat Cikgu Hani!, kata Sofea.

"Jangan, Sofea. Jangan report kat sesiapapun pasal benda ni. Kau tahulah kan, kak Aisya tu pelajar kesayangan Cikgu Hani! Nanti, aku yang kena dengan kak Aisya. Silap - silap Cikgu Hani pun buang aku dari sekolah! Janji ya, jangan bagitahu sesiapa?," kata Khairina, sambil menghalakan jari kelingkingnya pada Sofea.

Teragak - agak Sofea menyambut huluran kelingking itu. Akhirnya, Sofea pun bersetuju untuk tidak memberitahu sesiapa yang Fairuz dan Kak Aisya adalah kekasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience