Bab 5

Other Completed 1308

Khairina sudah mahu sampai di hadapan kelas 5 Amanah. Sebelum itu, Khairina sudah berlatih habis - habisan sebelum berhadapan dengan Fairuz nanti.

"Ok, Rina... Kau kena steady. Jangan gelabah. Yang penting, senyum.," kata Khairina kepada dirinya sendiri.

Tapi, Khairina hampa. Tiada seorang pun pelajar di dalam kelas 5 Amanah. Agaknya, mereka ada kelas Kimia di makmal Kimia, di tingkat paling bawah.

"Alah... Macam mana ni? Aduii... Takda peluang aku nak jumpa kekasih hati. Buku ni,, aku letak dalam loker dia je lah," kata Khairina dalam nada suara hampa. Khairina terus mencari loker Fairuz di dalam kelas 5 Amanah itu.

Sementara itu, Aisya, pelajar kelas 5 Cendana yang juga merupakan kekasih Fairuz itu, juga berniat untuk meletakkan coklat di dalam loker Fairuz.

Apabila terlihat Khairina juga ada di situ, Aisya terus...

"Hoi, Khairina! Kau buat apa kat situ, hah?," laung Aisya dari luar kelas 5 Amanah.

Aisya yang marah terus menghampiri Khairina yang sedang berdiri di hadapan loker Fairuz.

"Err... Cik... Cikgu Intan cuma suruh saya hantar buku ni kat Fairuz," jelas Khairina, tercungap - cungap. Dia tidak mampu memandang mata Aisya yang sedang mencerlung tajam ke arahnya.

"Ingat ya, Khairina. Aku nak kau hindarkan diri dari Fairuz, sebab dia kekasih aku. Kau faham tak ni?!," kata Aisya.

"Fa... Faham, Kak Aisya," kata Khairina.

"Sekarang, tunggu apa lagi?! Pergilah dari sini!," tengking Aisya. Khairina pun cepat - cepat berlalu dari situ. Aisya yang melihat Khairina dari jauh, hanya tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience