Bab 17

Other Completed 1307

Khairina terus switch off telefon bimbitnya.Buat apa lagi lelaki itu datang mengganggu hidupnya? Dulu, Khairina hampir separuh mati menangis untuk lelaki itu. Lelaki itu sendiri yang kata tak ada perasaan lah, apalah. Sekarang, tiba - tiba datang mengganggu hidup orang pula. Sudah cukuplah hatinya sakit selama bertahun kerana lelaki bernama Fairuz itu.

Selama seharian, Khairina sengaja switch off telefonnya.

Bila telefon itu dibuka semula, Khairina mendapati banyak mesej Instagram dari @FairuzAidie94 diterima.

"Rina, apa khabar awak sekarang?,"

"Rina, tak rindu saya ke?,"

"Rina, awak study kat U mana sekarang? Kenapa tak jawab mesej saya ni?,"

Itulah mesej yang Khairina terima daripada pemilik Instagram @FairuzAidie94 itu.Khairina mengeluh kasar.

"Dia ni bukan dah kahwin dengan Aisya tu ke? Ish, rimas betul aku. Lelaki memang tak cukup satu!," bisik hati Khairina yang sedang marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience