Bab 1

Other Completed 1308

Khairina Atilia bersama sahabat baiknya, Sofea Syahirah sedang beratur di dewan makan waktu itu. Mereka beratur di barisan pelajar perempuan. Sebelah mereka adalah barisan pelajar lelaki.

Tiba - tiba, Khairina ternampak kekasih hatinya ingin masuk ke barisan pelajar lelaki untuk mengambil makanan.

"Pssttt... Sofea! Kau tengok tu, Fairuz dah datang. Aku malulah. Aku nampak cantik tak?," bisik Khairina. Mukanya merah. Hatinya tak keruan bila melihat Fairuz si kacak itu semakin hampir.

"Eh, kau ok je... Heheh," balas Sofea.

Nampaknya, rezeki berpihak pada Khairina. Fairuz kini di sebelahnya untuk mengambil makanan di kaunter.

Kini, mereka berdua menerima makanan di kaunter dalam masa yang sama.

Akhirnya, mereka pun serentak berkata, " TERIMA KASIH, PAKCIK!,"

Fairuz terkejut. Khairina juga terkejut. Selepas itu, mereka berpandangan. Fairuz tersenyum pada Khairina. Khairina makin merah mukanya dan tertunduk malu. Pssstt, Khairina pun sebenarnya tersenyum juga! Lepas itu, cepat cepat Khairina berlalu dari situ untuk beri peluang Sofea pula mengambil makanan.

Kini, Khairina sudah berada di luar barisan pelajar yang ingin mengambil makanan. Dia masih terintai - intai Fairuz! Rupanya, Fairuz masih melirik ke arah Khairina sambil tersenyum!

"Rina, khayal apa tu? Jomlah pergi meja!," bisik Sofea sambil mencuit lengan Khairina. Mereka pun pergi ke meja yang telah di 'book'.

"Eh, Sofea, tadi kan, Fairuz tengok aku, sambil SENYUM!!!" kata Khairina, sambil mengunyah nasi.

"Serious? Wah. Nampaknya dia suka kau lah tu," kata Sofea pula. Khairina pun tersenyum mendengar jawapan Sofea itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience