Bab 19

Other Completed 1307

Khairina dan Sofea sudah tiba di wad di mana Aisya ditempatkan. Pada mulanya, Khairina teragak- agak untuk masuk wad itu, namun apabila dipaksa oleh Sofea, akhirnya Khairina terpaksa akur.

Apabila Khairina dan Sofea masuk, Khairina terkejut kerana Fairuz pun ada di sana. Eh, nak terkejut apa? Fairuz kan suami Aisya? Memang patut pun Fairuz ada di sisi Aisya di saat - saat genting begini.

Fairuz juga terkejut dengan kehadiran Khairina. Tapi, Fairuz hanya diamkan sahaja. Tidak mahu Aisya terluka.

Fairuz di sisi kanan Aisya, manakala Datin Mariana iaitu ibu Aisya berada di sebelah kiri Aisya.

"Fairuz, tunggu apa lagi? Cepatlah belai rambut Aisya. Makanan Aisya? Ubat Aisya? Cepatlah Fairuz!," kata Datin Mariana, yang seperti orang hilang akal sihat itu. Mungkin tertekan dengan nasib yang menimpa Aisya.

"Ya, mama. Aisya, stay strong sayang," kata Fairuz, sambil membelai rambut Aisya.

Ih! Dia bersayang sayang pula dengan isteri dia depan aku!! Meluatnya!, bisik hati Khairina. Dengan itu, Khairina pun minta izin untuk pergi dari situ kerana menyampah dengan kata - kata Fairuz itu.

"Khairina, tunggu,"

Langkah Khairina terhenti apabila Aisya yang terbaring itu memanggilnya. Khairina menoleh.

"Sebenarnya... Saya yang pegang telefon bimbit Fairuz masa tu. Saya ada baca mesej luahan hati yang awak bagi pada Fairuz. Saya yang menyamar jadi Fairuz waktu tu.. dan kata Fairuz tak ada perasaan kat awak. Semua mesej awak saya dah buang, supaya Fairuz tak dapat baca. Maafkan saya, Rina. Sebab saya tak boleh kehilangan Fairuz!," kata Aisya, dan tangisannya mula pecah.

"Benarkah apa yang saya dengar ni, Rina? Betul ke awak sukakan saya?," tanya Fairuz, inginkan penjelasan Khairina.

Khairina mengangguk perlahan. Air matanya mula jatuh. Sofea pula tersenyum lega.

"Wait.. Wait...Apa yang kamu cakap ni, Fairuz? Kamu dah janji nak kahwin dengan anak mama! Sekarang, mana janji kamu?!," tanya Datin Mariana, dengan suara yang kuat.

"Mama... Dahlah tu, Ma. Kita dah buat Fairuz terseksa untuk berlakon mencintai Aisya sedangkan cinta tu tak ada untuk Aisya. Biarlah Fairuz dengan orang yang dia suka, Ma," kata Aisya, memujuk ibunya.

Datin Mariana merengek dan melawan. Aisya memberi isyarat kepada Khairina supaya cepat - cepat keluar. Fairuz, Khairina dan Sofea sudah mahu menapak keluar dari wad itu.

"Kamu semua orang gila! Berani kamu rampas kebahagiaan Aisya! Aku takkan biarkan! Takkan biarkan!," jerit Datin Mariana.

"Ma... sudahlah tu, Ma...," pujuk Aisya.

"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience